Harian Metro

‘Tiada masalah kekang Ronaldo’

-

Liverpool: Pada usia 19 tahun, pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold bakal memikul tugasan menggunung untuk menghalang Pemain Terbaik Dunia lima kali di Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad ini di Kiev, Ukraine.

Begitupun, pemain pertahanan kanan The Reds itu enggan tunduk dengan tekanan dan percaya dia mampu mengeksplo­itasi apa yang disifatkan sebagai kelemahan Ronaldo.

Ia sudah pun menjadi musim yang menakjubka­n buat Alexander-Arnold tahun ini selepas turut disenarai dalam skuad England ke Piala Dunia, sekali pun masih belum memiliki penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.

Begitupun, dia hanya sebahagian daripada cerita kejayaan yang dilakar Jurgen Klopp sepanjang era pengurusan­nya dalam usaha menamatkan kemarau 11 tahun Liverpool melangkah ke final.

Ketika Real meletakkan sasaran menjuarai gelaran keempat Eropah dalam tempoh lima musim, Ronaldo pula memburu gelaran kelima Liga Juara-Juara selepas turut menjulangn­ya di Manchester United pada 2008.

Begitupun di sebalik kelas tersendiri penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara-Juara dan digelar “salah seorang pemain terbaik”, Alexander-Arnold masih yakin bintang Portugal itu boleh ‘ditewaskan’ dengan pertahanan Liverpool yang semakin baik.

“Ia jelas,” katanya ketika ditanya sama ada berdepan Ronaldo sebagai cabaran terbesar dalam kariernya. “Dia salah seorang pemain terbaik.

“Dia melakukan perkara yang menakjubka­n dalam perlawanan, tetapi dia juga mempunyai kelemahan, semua pemain memilikiny­a.

“Pada Sabtu (awal pagi Ahad), kami akan cuba untuk mengeksplo­itasi dan menghalang­nya daripada melakukan apa yang paling dia gemar lakukan, iaitu menjaringk­an gol,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia