Harian Metro

Zidane luar biasa

-

Madrid: Cristiano Ronaldo ketika ditanya apa yang boleh digambarka­n mengenai pengurus Zinedine Zidane dalam satu perkataan, jawapan dipilihnya adalah “pemenang.”

Ketika sidang media kelmarin menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool, deretan wartawan bertanyaka­n soalan mengenai perlawanan berkenaan, tetapi seorang daripadany­a mengeluark­an soalan membabitka­n pengurus.

“Zidane adalah salah seorang jurulatih terbaik pernah melatih saya,” kata pertahanan Real, Marcelo yang pernah dibimbing Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan Rafa Benitez.

“Dia adalah salah seorang pemain bola sepak terbaik,” kata Isco. “Apa saja yang Zidane beritahu kamu, ia kekal bersama kamu.

“Dia tidak pernah menunjukka­n riak wajah yang dia sedang gemuruh,” kata Dani Carvajal. “Apabila dia bercakap, mata kamu akan terbuka dengan besar.”

Sepanjang dua setengah tahun di Real, Zidane sudah memiliki gelaran Liga Juara-Juara yang setara dengan Alex Ferguson, Pep Guardiola serta Jose Mourinho dan jika menewaskan Liverpool, beliau akan mengatasi pencapaian ketiga-tiganya.

Tahun lalu, skuad kendaliann­ya menjadi pasukan pertama mempertaha­nkan kejuaraan

Eropah sejak AC Milan yang dikendali

Arrigo

Sacchi melakukann­ya pada

1990 dengan

Real turut memenangi dua gelaran La

Liga-Liga

Juara-Juara semusim buat kali pertama selepas 59 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia