Harian Metro

BALLON D’OR JADI REBUTAN

- AFP

Ramai mengatakan legenda Perancis itu bertuah kerana dilimpahi pemain-pemain terbaik dunia, tetapi skuad Real ketika ini tidak boleh dianggap paling bernilai seperti kelab-kelab kaya lain, Barcelona, Manchester City atau Bayern Munich.

Mungkin apa yang digambarka­n oleh Ronaldo sebelum ini cukup tepat, tetapi di era yang dipenuhi dengan ramai jurulatih elit, Zidane jelas tidak terlalu terbawa-bawa dengan pujian. –

AFP

Kiev, Ukraine

Pada era yang mana anugerah individu juga sama pentingnya, final Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Liverpool - juga antara Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah - boleh menentukan siapa pemenang Ballon d’Or berikutnya.

Lebih-lebih lagi, Ronaldo sudah memenangi gelaran berprestij itu setiap kali membantu Real menjulang trofi keagungan Eropah itu pada 2014, 2016 dan sekali lagi tahun lalu.

Ia mungkin gambaran kurang baik apabila mengaitkan aksi final, awal pagi Ahad ini dengan hanya dua pemain jika diperhalus­i kekuatan kedua-dua pasukan terutama di bahagian serangan.

Namun, ketika Ronaldo dan Lionel Messi mendominas­i Ballon d’Or sejak sedekad lalu, siapa yang akan memenangi gelaran tahunan itu sebagai pemain terbaik dunia sentiasa menjadi perdebatan.

Pusingan akhir Piala Dunia di Russia tahun ini juga memainkan peranan besar dan mustahil untuk membayangk­an Messi tidak memenangi Ballon d’Or keenam jika dia mengemudi kejuaraan buat Argentina.

Bagaimanap­un, Ronaldo boleh mengukuhka­n namanya di Kiev ketika ia turut menjadi peluang keemasan buat Salah sebelum dia mengetuai Mesir pada Piala Dunia.

Prestasi Ronaldo pada permulaan musim ini tampak membimbang­kan, tetapi dia bangkit untuk meledak 41 gol dalam semua pertanding­an selain menjadi antara tonggak Real dalam kempen Liga Juara-Juara.

“Cristiano tahu pemain boleh mengharung­i tempoh yang sukar. Kerana itu dia adalah yang terbaik,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane minggu ini.

“Sesetengah pemain bergelut di bawah tekanan, ada yang tidak tertekan dan dia salah seorang daripadany­a. Berhati-hati jika anda banyak mengkritik­nya.”

Bagi Salah, ia musim pemecah rekod buatnya yang meledak 32 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris untuk secara keseluruha­n 44 gol dalam semua pertanding­an sejak tiba di Anfield dari AS Roma termasuk 11 dalam Liga Juara-Juara.

Dia mendapat sokongan kukuh rakan serangan Roberto Firmino dan Sadio Mane dengan gandingan itu mengumpul 90 gol antara mereka dalam semua pertanding­an, tetapi harapan Liverpool untuk menang gelaran keenam Eropah terletak di bahu Salah.

Sama ada kemenangan di Kiev cukup untuk menghadiah­kannya Ballon d’Or, ia masih menjadi perdebatan termasuk dalam kalangan rakan sepasukann­ya.

“Tapi jika Messi dan Ronaldo menang Piala Dunia? Adakah mereka layak? Saya tidak tahu apa yang anda lihat untuk menang Ballon d’Or,” kata Georginio Wijnaldum, pemain tengah Liverpool. “Adakah ia membabitka­n wang kemenangan, siapa yang menjaringk­an lebih gol, kita

 Ronaldo mampu tambah koleksi, Salah boleh curi tumpuan dunia

akan lihat nanti.”

Pertahanan Reds, Dejan Lovren lebih optimis.

“Dia boleh menjadi yang terbaik daripada tiga pemain terbaik dunia. Dia memiliki kualiti dan pengalaman bertaraf dunia.

“Dia amat tenang, tidak bermegah-megah dan layak untuk menerima pujian atas semua gol yang dijaringka­n dan sudah tentu ia membantuny­a mencapai

impiannya.”

 ??  ?? RONALDO
SALAH
RONALDO SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia