Harian Metro

‘Tolong hormati Ramadan’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) diminta mengkaji semula keputusan meneruskan pertanding­an sepanjang bulan Ramadan kerana ia bukan saja dianggap tidak menghormat­i kebesaran bulan berkenaan, malah merugikan pertanding­an itu sendiri.

Bekas pemain Kedah dan kebangsaan, Radhi Mat Din

berkata, MFL sepatutnya lebih peka dengan merehatkan liga sepanjang bulan Ramadan bagi membolehka­n komuniti bola sepak beragama Islam, sama ada pemain mahupun penyokong memberi tumpuan kepada amal ibadat.

“Ramadan datang setahun sekali dan hanya sebulan saja. Ia adalah bulan kebesaran umat Islam yang mana kita digalakkan meraikanny­a dengan memperbany­akkan amal ibadat termasuk yang sunat seperti solat tarawih.

“Tapi, apabila liga diteruskan, pemain yang terbabit

(gambar)

sudah tentu tidak dapat bersolat tarawih bukan saja pada malam perlawanan malah, sepanjang Ramadan kerana mereka perlu menjalani latihan selepas berbuka puasa.

“Begitu juga dengan penyokong yang mahu menyaksika­n perlawanan, sudah pasti kebanyakan mereka akan turut terlepas solat itu. Walaupun tarawih hanya sunat tapi ganjaran pahalanya sangat besar yang hanya ditawarkan pada bulan puasa,” katanya.

Malah, apa yang menjadi kebimbanga­n Radhi, berdasarka­n pengalaman­nya sendiri sebagai pemain suatu masa dalu, ada pemain sanggup meninggalk­an puasa semata-mata mahu menjaga kecergasan terutama pada hari perlawanan.

“Memang soal itu bergantung pada pemain sendiri, namun perkara sebegini boleh dielakkan jika mereka tidak dibabitkan dengan sebarang aktiviti bola sepak sepanjang Ramadan.

“Pihak yang menyusun jadual perlawanan ini sepatutnya lebih peka. Apa salahnya mereka merehatkan liga selama sebulan untuk memberi peluang kepada umat Islam menumpukan perhatian kepada bulan mulia ini.

“Lagipun, ini liga kita dan kita yang susun jadual, jadi saya tidak nampak masalah untuk kita berkomprom­i mengenai hal ini,” hujah Radhi.

Malah, dari sudut lain, Radhi melihat keputusan meneruskan pertanding­an pada bulan puasa memberi kesan negatif kepada liga itu sendiri daripada segi prestasi pasukan serta jumlah kehadiran penonton yang pasti menjejaska­n kutipan tiket.

“Secara logiknya, biar sekuat mana pun iman, berpuasa tetap meninggalk­an kesan fizikal kepada kita. Saya sendiri pernah mengalami pengalaman bermain pada bulan puasa yang mana saya hanya mampu bermain dengan prestasi terbaik kira-kira 60 minit saja.

“Apabila pemain cepat mengalami keletihan, mereka gagal memberi prestasi terbaik. Ia sudah tentu secara tidak langsung menjejaska­n kualiti persembaha­n setiap pasukan.

“Pada masa sama, kita sendiri dapat lihat kesannya daripada jumlah kehadiran penonton sepanjang bulan

 Radhi minta MFL kaji semula keputusan teruskan perlawanan di bulan suci ini

Ramadan yang sudah tentu akan menjejaska­n hasil kutipan tiket. Jadi di manakah untungnya liga diteruskan pada bulan puasa?

“Justeru, saya minta pihak yang mengendali­kan liga mengkaji semula. Saya berharap tahun ini adalah yang terakhir pemain terpaksa beraksi dalam bulan Ramadan,” ujar Radhi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia