Harian Metro

Hanya kemenangan pengubat duka Tok Gajah

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Hanya kemenangan dapat mengubat kekecewaan skuad Pahang apabila melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Dua kekalahan berturut-turut iaitu tewas 0-2 kepada Kedah dan 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) memberi tamparan hebat jika pasukan itu mahu bersaing merebut tempat di persada Liga Super.

Ia diakui Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang yang mahu semua pemain kembali menemui rentak permainan dan mencari kemenangan.

“Beraksi di laman sendiri esok (hari ini) tidak boleh lagi berakhir dengan kegagalan kerana tiga mata menjadi misi utama pasukan untuk mengejar Johor Darul Ta’zim (JDT) yang semakin selesa di takhta liga.

“Saya harap pemain bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut kerana masih ada peluang untuk bersaing biarpun ada jurang 10 mata dengan Harimau Selatan,” katanya di sini semalam.

Justeru, beliau mahu skuad Tok Gajah komited dan membentuk keserasian untuk merobek gawang Kuala Lumpur yang cemerlang membelasah Kelantan 5-1 Selasa lalu.

Katanya, keputusan membanggak­an lawan perlu dijadikan pengajaran terbaik untuk mengelak daripada menjadi sasaran.

“Gandingan Patrick Cruz

dan Austin Amutu di bahagian serangan seperti gagal untuk membolosi gawang Helang Merah.

“Pada masa sama, Issey Nakajima juga perlu lebih kreatif terutama membantu jentera serangan,” katanya.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia