Harian Metro

Tamat badi di tempat lawan

-

Kuala Lumpur: Ketika Pahang mencari penawar merawat kedukaan akibat dua kekalahan berturut-turut kepada Kedah dan Terengganu, Kuala Lumpur pula mula mula mencongak bagaimana mahu menamatkan badi kekalahan di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Darul Makmur, malam ini dengan skuad bimbingan Fabio Maciel mahu mencari kemenangan sulung di gelanggang lawan selepas mengharung­i lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

“Rekod kami di gelanggang sendiri sangat baik sehingga mampu mengalahka­n pasukan seperti JDT (Johor Darul Ta’zim), Kedah dan PKNS serta seri dengan Pahang.

“Tapi bila bermain di gelanggang lawan, ia menjadi sebaliknya. Siapa sangka kami boleh dikalahkan 4-1 oleh barisan muda Kelantan di Kota Bharu.

“Setakat ini kami tidak mendapat sebarang mata di tempat lawan. Ia salah satu punca mengapa Kuala Lumpur hanya mampu menduduki tangga kelapan. Sepatutnya kami sudah berada pada lima kelompok terbaik carta liga.

“Kami tidak boleh terus berkeadaan begini pada pusingan kedua kerana setiap perlawanan sama ada di tempat sendiri atau lawan sangat penting untuk mengumpul mata bagi memperbaik­i kedudukan.

“Jadi, saya berharap kami dapat memecah kebuntuan ini malam esok (malam ini). Saya yakin, sebaik badi ini dapat kami atasi, kemenangan di tempat lawan bukan lagi sesuatu yang sukar selepas itu,” kata Maciel.

Jurulatih itu berkata, kini adalah kesempatan terbaik untuk menumbangk­an Tok Gajah kerana pada pemerhatia­nnya, skuad bimbingan Dollah Salleh itu masih tercari-cari rentak selepas melakukan rombakan di barisan serangan.

“Dua pemain import baharu mereka (Austin Amutu dan Issey Nakajima) nampaknya belum mencapai keserasian ketika bertemu Kedah baru-baru ini. Jadi, kami perlu mengeksplo­itasikan situasi ini dengan sebaik mungkin.

“Namun, sudah pasti ia bukan perlawanan yang mudah kerana Pahang juga akan berusaha mencapai kemenangan selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, apatah lagi bermain di depan penyokong sendiri,” katanya.

 ??  ?? AMUTU menjalani latihan bersama pasukan.
AMUTU menjalani latihan bersama pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia