Harian Metro

Tak mahu dabik dada

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

 Longhi tepis dakwaan JDT makin selesa

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi menepis tanggapan betapa pasukan itu semakin selesa untuk menjuarai Liga Super untuk lima musim berturut-turut, sebaliknya menegaskan betapa saingan masih berliku dan mencabar yang menanti pasukan itu.

Beliau berkata, walaupun JDT sudah melebarkan jarak mata iaitu lapan mata tatkala mengumpul 28 mata ketika Perak kini berada di tangga kedua dengan mengutip 20 mata, namun kedudukan JDT masih belum selamat apabila perjalanan saingan liga masih jauh.

Katanya, aksi menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini begitu sukar memandangk­an pasukan kendalian Datuk K Rajagobal begitu liat untuk dijinakkan dan akan memaksimum­kan latihan sepanjang dua hari bagi memperbaik­i apa jua kelemahan yang dikesan ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada aksi di Larkin, malam kelmarin.

“Saya enggan bercakap tentang lapan mata di depan dan kekal di tangga teratas kerana ia akan melalaikan kita, sebaliknya apa yang saya ingin katakan kami masih belum selamat dan perlu mengharung­i satu demi satu perlawanan untuk buru kemenangan,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas NS, pengendali kelahiran Argentina itu mengakui betapa masih ada kelemahan dalam skuad itu taktala beraksi konsisten pada babak pertama apabila menguasai perlawanan dengan gerakan menarik serta umpanan bola tepat.

Namun, beliau agak kecewa pada aksi babak kedua apabila pemain JDT kerap kehilangan bola dan ia beri tekanan buat mereka yang tampak bersusah payah untuk mengawal permainan dan hanya selepas Gonzalo Cabrera menjaringk­an gol kedua pada minit ke-75, barulah pemain kembali beraksi konsisten.

Katanya, walaupun beraksi di laman sendiri, JDT tetap berdepan kesukaran apabila pasukan lawan beraksi secara bertahan dengan meletak sekurang-kurang lapan pemain di posisi pertahanan dan pasti menyulitka­n perancanga­n taktikal yang dirancang.

Beliau juga tampak lega betapa kelibat Nazmi Faiz Mansor dan Marcos Antonio yang dikeluarka­n pada hujung babak kedua tidak mengalami kecederaan serius sebaliknya hanya kekejangan otot berpunca daripada beraksi di padang basah dan tidak berdepan masalah diturunkan pada aksi menentang PKNS FC, Ahad ini.

Ditanya mengenai persembaha­n pemain import baru JDT, Jorge Silva dan Harry Novillo yang kurang memainkan peranan pada aksi menentang NS, Longhi menegaskan ia penampilan kedua buat kedua-dua pemain itu dan perlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan corak permainan bola sepak Malaysia.

“Mereka baru bersama JDT dua minggu sebelum aksi menentang Selangor, 12 Mei lalu dan hanya membuat penampilan dua perlawanan, sudah tentu agak kekok dengan corak permainan bola sepak Malaysia.

“Saya percaya mereka akan serasi dengan gaya bola sepak Malaysia dan apa yang penting mereka sudah mula menyesuaik­an diri dengan corak permainan JDT dan falsafah pasukan itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” kata Longhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia