Harian Metro

Pak nil dekati anak muda

- DARI MUKA 1

Yayasan Pesona sebagai platform didik masyarakat

Aznil ketika ditemui berkata, matlamat penubuhan utama Yayasan Pesona untuk melakukan kerja kemasyarak­atan.

“Tumpuan Yayasan Pesona ialah aspek membangunk­an generasi muda yang kita lihat mempunyai ciri-ciri seperti berketramp­ilan, memiliki keyakinan diri, berani berkongsi pendapat dan akhirnya melahirkan seorang individu yang dihormati dan disegani,” katanya.

Program sulung Yayasan Pesona berlangsun­g di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor pada 20 April lalu.

Bercerita mengenai program berkenaan, Aznil berkata, dia mengadakan program ‘Speaking Nation’ iaitu sesi bengkel motivasi kepada pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau.

Hampir 1,000 pelajar dari dua sekolah itu hadir dan mendengar sesi yang diadakan secara berasingan.

“Melihat jumlah penyertaan itu membuatkan saya yakin tumpuan untuk membangunk­an generasi muda adalah tepat.

“Ia secara tidak langsung memberikan petunjuk bahawa keputusan mengadakan sesi khas untuk memberi pendedahan dan berkongsi ilmu pembinaan peribadi yang menawan menerusi platform Yayasan Pesona sangat tepat.

“Saya seronok apabila melihat wajah kegembiraa­n pelajar terbabit. Mudahmudah­an perkongsia­n yang dilakukan memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

Aznil berkata, tempoh dua jam program itu digunakan sepenuhnya untuk berkongsi pengalaman sepanjang tiga dekad dalam industri hiburan tempatan mengenai kepentinga­n memiliki keyakinan diri.

“Saya memikirkan sudah sampai masanya saya turun padang dan bertemu anak muda dan berkongsi pengalaman serta menyuntik inspirasi bahawa dalam hidup ini tidak ada yang mustahil untuk dicapai.

“Namun untuk mencapai kejayaan atau cita-cita itu, setiap orang harus memiliki keyakinan diri tinggi, berani menyuaraka­n pendapat, menjaga budi bahasa, keperibadi­an dan sebagainya.

“Inilah intipati pengisian program saya menjelajah ke sekolah di seluruh negara menerusi platform Yayasan Pesona,” katanya.

Selain mengadakan ceramah, Aznil turut mengadakan sesi perkongsia­n pengalaman dengan masyarakat Felda Ulu Tebrau dalam majlis kenduri rakyat yang dihadiri lebih 1,000 penduduk.

Pada 26 April lalu, Yayasan Pesona turut membawa 150 kanak-kanak dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur menaiki MRT dari Stesen TRX Jalan Tun Razak ke Kajang.

Aznil berkata, tujuan aktiviti itu diadakan untuk memberi kegembiraa­n kepada murid sekolah itu selain mahu menunjukka­n kepada mereka perkembang­an dan kemajuan pesat pembanguna­n negara. Sebaik tiba di Kajang, mereka dijamu pula dengan Sate Haji Samuri yang sangat terkenal.

Tiga hari kemudian, Yayasan Pesona melawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Di sana Aznil memberikan kata-kata semangat, berkongsi kegembiraa­n dan mendoakan pesakit yang terdiri daripada kanakkanak. Dalam lawatan hampir tiga jam itu, Aznil meluangkan masa dengan mendekati mereka, berbual, berceloteh dan menyampaik­an sumbangan peribadi.

“Semua pengalaman itu amat menyentuh hati saya. Melihat ramai masyarakat yang perlu dibantu membuatkan semangat saya semakin membara untuk memperjuan­gkan nasib mereka menerusi yayasan ini.

“Selepas ini, saya akan terus menjelajah ke sekolah di seluruh negara untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan kemahiran sebagai pengucap awam. Saya sangat teruja untuk mengembang­kan lagi Yayasan Pesona seiring dengan matlamat untuk menjadikan­nya sebagai platform mendidik masyarakat,” katanya. - Rudy Imran Shamsudin

 ??  ?? MENZIARAH pesakit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
MENZIARAH pesakit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
 ??  ?? MEMBAWA murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih menaiki MRT.
MEMBAWA murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih menaiki MRT.
 ??  ?? KETIKA memberi ceramah kepada murid SK Felda Ulu Tebrau.
KETIKA memberi ceramah kepada murid SK Felda Ulu Tebrau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia