Harian Metro

Galas watak berat

- DARI MUKA 1

“Pelbagai konflik berlaku antaranya calon isteri pilihan ibu Syed Amru mati dibunuh dan Syed Amru dituduh sebagai pembunuh,” kata Nazrief.

Kepelbagai­an konflik dan permainan watak membuatkan Nazrief sangat teruja dan bersyukur.

Katanya, biarpun pernah tampil sebagai hero sebelum ini, watak itu tidak seberat karakter Syed Amru.

“Ini pengalaman pertama saya dapat watak sebegini dan menjayakan drama bersiri yang panjang. Saya suka Syed Amru kerana perlu banyak bermain dengan emosi.

“Antara cabaran perlu saya lalui adalah menjadi suami kepada wanita bisu yang mana kami berkomunik­asi dengan menulis di atas kertas dan telefon bimbit.

Suka watak Syed

Amru kerana banyak bermain

dengan emosi

“Untuk mencipta sisi romantik juga agak sukar sebab Bella sudah tetapkan tidak mahu bersentuha­n, maka saya kena kerja lebih untuk membangkit­kan ‘mood’ itu dengan kaedah berbeza,” katanya menghormat­i kehendak Bella.

Jejaka asal Seremban ini berkata, bagi memastikan lakonan nampak natural, dia lebihkan bahasa tubuh serta permainan mata.

Malah, babak bersalaman juga terpaksa menggunaka­n teknik kamera agar nampak asli.

Cuma sesekali, dia perlu melakonkan babak bersentuha­n, tetapi berlapik terutama pada babak yang membabitka­n watak Nailufar sedang meracau.

Nazrief mengakui selain tidak dapat melakonkan watak suami isteri dengan selesa, dia juga berdepan cabaran dalam aspek lakonan lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia