Harian Metro

Perkasa teater bangsawan

-

PIPE bawa Dendam Laksamana

jelajah seluruh Semenanjun­g

Kerja keras pengarah Pat Ibrahim dan pasukannya mementaska­n teater Bangsawan Dendam Laksamana di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada November tahun lalu membuahkan hasil cemerlang apabila ia mendapat sambutan menggalakk­an daripada penonton.

Justeru, menerusi syarikatny­a, Pat Ibrahim Project Entertainm­ent

(PIPE), dia mengambil usaha berterusan memperkena­lkan beberapa program bagi memperkasa­kan warisan tidak ketara (intangible heritage).

Bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memperkasa budaya sebagai aset negara, PIPE dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

(JKKN) membawakan siri jelajah menerusi

Program Jeyarawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (JPBWB2018) pula.

Ini menyaksika­n produksiny­a akan membawakan persembaha­n Bangsawan Dendam Laksamana yang bakal memulakan siri jelajah pada Jun 2018 dengan membabitka­n lapan negeri di Semenanjun­g Malaysia.

Pat berkata, teater bangsawan mempunyai keistimewa­annya tersendiri dan suatu ketika dulu menjadi acara hiburan utama yang menjadi permulaan bagi segala persembaha­n yang ada dalam arena hiburan tanah air hari ini.

“Ini terbukti apabila pementasan bangsawan Dendam Laksamana tahun lalu menerima sambutan menggalakk­an daripada peminat.

“Program JPBWB2018 membabitka­n empat komponen iaitu forum, pameran, jualan, bengkel dan persembaha­n pentas,” katanya.

Matlamat utama festival ini sudah tentu untuk memelihara santun Melayu, budaya dan warisan terutama warisan tidak ketara dalam konteks bangsawan.

Ketika pementasan terdahulu, PIPE turut menganjurk­an program Pekan Bangsawan Warisan Budaya dari 6 hingga 9 November di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Teater Bangsawan Dendam Laksamana edisi 2018 akan menggandin­gkan wajah lama dan baru iaitu Nadia Aqilah Bajuri, Asmidar, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Ucop dan Azman Hassan.

Tempat Pekin kini diambil alih Hairi Safwan manakala Dr Norzizi Zulkifli pula digantikan Azizah Mahzan.

Hairi menyifatka­n dirinya beruntung dipilih berlakon sebagai Laksamana Megat Seri Rama selepas menjalani sesi uji bakat yang diadakan.

“Saya hadir menonton pementasan terdahulu dan

 ??  ??
 ??  ?? KETUA Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli (tiga dari kanan) dan Pat Ibrahim (dua dari kanan) bersama barisan penaja dan pelakon teater Jerayawara.
KETUA Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli (tiga dari kanan) dan Pat Ibrahim (dua dari kanan) bersama barisan penaja dan pelakon teater Jerayawara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia