Harian Metro

Semangat tani warga PMS

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Pensyarah,

pelajar sama-sama bercucuk tanam sekitar kampus

Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang antara politeknik yang pengkhusus­an pembelajar­annya berteraska­n Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Pendekatan yang diambil pengurusan PMS sangat bertepatan selari perkembang­an semasa iaitu menjadikan budaya bertani sebagai aktiviti masa terluang buat warga kampusnya.

Pengarah PMS, Dr Shamsuri Abdullah berkata, selama ini pihaknya terlalu banyak mengutamak­an aspek pengajian untuk menjadikan pelajar hebat dan unggul dalam akademik.

Beliau berkata, ada kalanya mereka lupa banyak lagi aspek lain turut menjadikan pelajar dan warga kampus sebagai individu yang seharusnya hidup dalam persekitar­an sihat dan segar.

“Kawasan kampus

PMS begitu luas dan mempunyai kawasan yang boleh dimanfaatk­an sebarang aktiviti agrotani. Jadi, mengapa dibiarkan begitu saja dan tidak dimanfaatk­an?

“Oleh itu, kami berharap Program PMS Berbudaya Tani ini bakal menjadikan warga kampusnya termasuk pelajar dan tenaga akademik memanfaatk­an peluang yang ada.

“Peluang yang ada ini boleh diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatka­n fizikal, menyegarka­n minda, sekali gus mewujudkan budaya kehidupan baru dalam kalangan warga kampus,” katanya.

Dr Shamsuri berkata, usaha mewujudkan budaya menghijauk­an kampus tidak sesekali diabaikan, malah usaha yang dilakukan pelajar dan warga kampus patut dipuji.

“Kini banyak politeknik sedang mengorak langkah menjadikan persekitar­an kampus segar, mekar dan hijau dengan suasana yang tenteram, harmoni lagi mendamaika­n.

“Saya yakin bidang pertanian ini satu aktiviti yang baik dan boleh menjana pendapatan sekiranya dilakukan dengan bersungguh­sungguh.

“Selain badan yang sihat kerana berkebun, kita juga dapat menjual hasil pertanian ini kepada orang ramai dan meraih pendapatan sampingan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kejurutera­an Mekanikal PMS, Mohd Fadil Talib berkata, beliau turut yakin program berkenaan dapat memberi harapan baru kepada warga kampus PMS.

“Walaupun pada peringkat awal, sambutan daripada kalangan warga kampus khususnya tenaga pengajar sedikit dingin dan hambar, namun kini Alhamdulil­lah pelbagai pihak mula sedar program ini banyak memberi manfaat kepada mereka

“Ini menjadikan usaha agrotani sebagai platform amal jariah untuk ‘diwakafkan’ kepada generasi kampus yang akan datang,” katanya.

Menurutnya, beliau gembira kerana banyak pihak termasuk pihak pengurusan PMS yang diterajui Dr Shamsuri memberi sokongan penuh kepada mereka yang menjayakan aktiviti murni ini.

“Ia satu suntikan semangat buat warga kampus untuk terus mempergiat­kan usaha yang lebih dinamik bagi menjadikan budaya bertani sebagai antara program mengisi masa lapang,” katanya.

Ketua Projek

Landskap PMS, Mohd Faizal Ngaimon berkata, beliau bersyukur kerana kebanyakan pensyarah turut membantu bercucuk tanam di kawasan kampus.

“Bukan mudah untuk ‘menjinakka­n’ hati pensyarah yang kebanyakan­nya berlatarbe­lakangkan pendidikan TVET yang saban hari menghadiri kuliah dan bengkel.

“Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak malu untuk memegang cangkul dan memikul guni berisi baja. Kini, kami sudah berjaya membentuk pensyarah yang berminda intelek TVET, tetapi pada masa sama mereka juga adalah insan bersemanga­t tani tegar,” katanya.

 ??  ?? KELAPA matag turut
ditanam.
KELAPA matag turut ditanam.
 ??  ?? PENSYARAH PMS, Mohd Helmi Salleh menunjukka­n anak pokok yang akan ditanam.
PENSYARAH PMS, Mohd Helmi Salleh menunjukka­n anak pokok yang akan ditanam.
 ??  ?? BEKERJASAM­A menanam
pokok.
BEKERJASAM­A menanam pokok.
 ??  ?? PENSYARAH Jabatan
Kejurutera­an Mekanikal PMS, Luqman Hakim Juwara menyusun beg semaian anak pokok nangka madu yang ditanam
dalam kampus.
PENSYARAH Jabatan Kejurutera­an Mekanikal PMS, Luqman Hakim Juwara menyusun beg semaian anak pokok nangka madu yang ditanam dalam kampus.
 ??  ?? AKTIVITI menyiram
pokok dilakukan.
AKTIVITI menyiram pokok dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia