Harian Metro

5 tahun paling mencabar

- DARI MUKA 1

Perusahaan dijalankan anak kelima daripada tujuh beradik itu kini boleh dikatakan berada di tahap stabil. Namun

Saiful Sahril enggan terlalu selesa sebaliknya sentiasa berusaha mencari formula bagi mengukuhka­n lagi perusahaan diwarisi daripada arwah bapanya itu.

“Ketika di bangku sekolah, saya sering membantu arwah ayah menguruska­n kambing. Jadi, sudah terbiasa dengan cara kerja seorang penternak dan suasana di ladang ternakan.

“Banyak juga pengalaman ditimba sepanjang membantu arwah ayah dan selepas tamat pengajian, saya ambil keputusan melanjutka­n pengajian dalam bidang pengurusan ternakan ruminan di Institut Veterinar Kluang, Johor.

“Pengajian itu mengambil masa selama dua tahun dan selepas menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), saya terus memulakan perusahaan ternakan bermodalka­n wang simpanan dan 70 ekor kambing tinggalan arwah ayah,” katanya.

Pengurus Senggarang Goat Farm itu berkata, tempoh lima tahun pertama dalam bidang berkenaan begitu mencabar kerana banyak wang perlu dilaburkan untuk memastikan perusahaan yang mendapat sambutan itu terus bertahan.

Disebabkan itu, dia tidak hanya tertumpu kepada hasil jualan kambing dan daging semata-mata malah turut mempelbaga­ikan sumber pendapatan dengan menghasilk­an produk minuman susu dalam isian botol.

“Pada mulanya, fokus utama saya adalah ternakan dan jualan kambing berbanding jualan daging yang selalunya lebih banyak ketika musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha .

“Namun lama-kelamaan, saya nampak perusahaan ini berpotensi untuk dikembangk­an dengan cara lain dan sebab itulah saya menghasilk­an produk minuman susu kambing dalam isian 300 mililiter (ml) yang dijual pada harga RM5.

Usaha Saiful bermula dengan 70 kambing tinggalan arwah bapa

“Kira-kira 30 kambing diperlukan untuk mendapatka­n 50 hingga 60 botol minuman susu kambing dan saya tidak melakukan pemerahan susu secara sendirian kerana turut dibantu pekerja ladang,” katanya.

Saiful berkata, sebagai usahawan ternakan, dia sangat menitikber­atkan soal kebersihan di ladang ternakanny­a termasuk melakukan semburan efektif mikroorgan­isme (EM) setiap hari selain pembasmian kuman (lindores) kira-kira dua kali dalam setahun.

Katanya, langkah itu juga diambil bagi memastikan kambing ternakanny­a berada dalam keadaan baik untuk kepuasan pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaann­ya.

“Kebiasaann­ya, kira-kira 100 kambing akan berada di ladang ternakan dalam satu masa, tapi bilangan itu tidak tetap kerana boleh berubah sekiranya ada yang membelinya.

“Setiap hari, semua kambing berkenaan diberi makan rumput, hampas sagu dan soya secukupnya dan kos perbelanja­an itu mencecah antara RM700 hingga RM800 setiap bulan.

“Bagi memastikan semua kambing dalam keadaan baik, saya turut melakukan pemotongan kuku selain memberi suntikan vaksin untuk mengelak jangkitan penyakit,” katanya.

Menurut Saiful Sahril, dia bersyukur kerana perusahaan­nya itu semakin stabil dengan adanya pelanggan tetap termasuk daripada individu yang mendapatka­n bekalan kambing untuk ibadat korban atau majlis aqiqah.

Katanya, kepercayaa­n itu menjadikan­nya lebih bersemanga­t untuk mengukuhka­n perusahaan, sekali gus meneruskan kesinambun­gan legasi keluarga.

“Ini bukan pekerjaan glamor jadi mereka yang berminat menceburin­ya mesti bersiap sedia dari segi mental dan fizikal kerana banyak cabaran perlu dilalui di peringkat awal.

“Saya sendiri mengambil masa untuk jatuh cinta dengan bidang ini namun kesabaran selama 10 tahun nyata berbaloi apabila melihat pulanganny­a.

“Hasil pendapatan sebagai usahawan ternakan inilah yang menampung kos perbelanja­an saya ketika ingin mendirikan rumah tangga,” katanya. - Redzuan Muharam

 ??  ?? SAIFUL Sahril memberi makan kambing ternakanny­a.
SAIFUL Sahril memberi makan kambing ternakanny­a.
 ??  ?? PROSES pemerahan susu kambing.
PROSES pemerahan susu kambing.
 ?? FOTO ?? KUKU kambing dipotong sebagai langkah penjagaan kebersihan.
FOTO KUKU kambing dipotong sebagai langkah penjagaan kebersihan.
 ??  ?? SAIFUL membancuh makanan proses untuk kambing ternakanny­a.
SAIFUL membancuh makanan proses untuk kambing ternakanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia