Harian Metro

TINGKAT HASIL TANI

-

PPK Tanjong Ipoh rancang pelbagai projek baru

Sembilan (PPNNS), Datuk Ibrahim Jahaya. Hadir sama, Pengerusi PPK Tanjong Ipoh, Datuk Ahmad Awaluddin.

Pada majlis itu, Ibrahim memberikan bantuan kepada 500 pesawah membabitka­n RM600 seorang dengan peruntukan sebanyak RM300,000.

Mohd Khairul berkata, setakat ini, PPK Tanjong Ipoh dianggotai seramai 2,800 ahli dan sudah memiliki pelbagai aset termasuk rumah kedai selain nilai saham terkumpul berjumlah RM600,000.

Menurutnya, PPK itu perlu bergerak ke hadapan dengan mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi baru untuk memastikan PPK dapat terus maju dan bersaing dengan institusi lain.

“Lebih penting adalah membangunk­an masyarakat peladang di daerah ini ke arah yang lebih maju dan berjaya dalam bidang ekonomi seiring matlamat PPK ini untuk menjayakan agenda transforma­si pertanian di kawasan ini.

“Kini, PPK ini bertindak sebagai pusat kegiatan ekonomi dan sosial peladang, pusat transforma­si teknologi tanaman padi, badan kooperatif pengurusan perniagaan ahli dan pusat khidmat bekalan input pertanian,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, pihaknya berhasrat untuk menarik lebih ramai usahawan muda yang mengusahak­an produk makanan di Kuala Pilah seperti itik salai ke dalam pertubuhan itu.

“Langkah itu bertujuan membantu mereka untuk lebih berdaya saing dalam perniagaan masingmasi­ng selain memastikan mereka mempunyai aset untuk masa depan,” katanya.

Terdahulu, Ibrahim melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian PPK berkenaan namun masih ada banyak ruang untuk ditingkatk­an.

Beliau berkata,

PPN negeri akan terus membantu PPK di negeri itu dalam melaksanak­an transforma­si termasuk mempelbaga­ikan perniagaan asas tani bagi membolehka­n pertubuhan berkenaan terus melakar kejayaan membanggak­an.

 ??  ?? IBRAHIM (tengah) bersama Ahli Lembaga Pengarah PPNNS.
IBRAHIM (tengah) bersama Ahli Lembaga Pengarah PPNNS.
 ??  ?? ESTET mini padi yang diusahakan PPK Tanjong Ipoh.
ESTET mini padi yang diusahakan PPK Tanjong Ipoh.
 ??  ?? PROJEK ternakan ayam
daging yang diusahakan PPK
Tanjong Ipoh.
PROJEK ternakan ayam daging yang diusahakan PPK Tanjong Ipoh.
 ??  ?? MOHD Khairul
MOHD Khairul
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia