Harian Metro

Hentikan keganasan

-

700 sekolah sertai kempen #StandToget­her

Kajian #ForEveryCh­ild oleh UNICEF tahun lalu pula menunjukka­n tujuh daripada 10 kanak-kanak paling bimbang mengenai buli (berbanding tiga daripada 10 orang di Jepun atau empat daripada 10 orang di United Kingdom) dan 64 peratus kanakkanak yang menyertai

kajian meluahkan kebimbanga­n mengenai keganasan terhadap mereka.

Berdasarka­n kajian yang dijalankan UNICEF pada tahun ini, kanak-kanak yang dibuli, tetapi tidak melaporkan­nya menyatakan sebab mereka tidak berbuat demikian kerana berasakan ia tidak akan membantu.

Tinjauan Children4C­hange UNICEF tahun lalu menunjukka­n tiga daripada empat kanakkanak mahu menamatkan keganasan termasuk gejala buli dan hukuman dera (di samping mengingink­an pendidikan yang berkualiti dan menamatkan kemiskinan).

Atas kesedaran itu, barubaru ini seramai 10,000 orang berlari bersama untuk mengekang gejala buli melalui kebaikan di UNICEF Borneo Marathon di Kota Kinabalu sempena kempen #StandToget­her.

Dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan, sebanyak 700 sekolah di seluruh negara menyertai kempen #StandToget­her dan mengambil bahagian dalam Minggu Baik Kebangsaan yang diadakan buat julung kalinya pada April lalu.

Wakil UNICEF Malaysia, Marianne Clark-Hattingh berkata, gejala buli kebanyakan­nya dalam cara yang tidak boleh dikesan oleh mata kasar.

Menurutnya, kata-kata, stigma dan perasaan dipinggirk­an menjejaska­n harga diri, lalu membuatkan kanak-kanak berasa tersisih dan keseoranga­n.

“Justeru, kempen ini diadakan bagi membuktika­n kepada mangsa buli bahawa mereka tidak keseoranga­n. Kami berlari supaya kita tidak mengulangi kitaran keganasan dengan membuli si pembuli pula.

“Melalui perbuatan baik hati kita akan menghentik­an keganasan untuk setiap kanak-kanak,” katanya.

Dalam kempen itu, satu larian tiga kilometer untuk kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya diadakan dan mereka berlari di samping kawan serta keluarga sebagai tanda janji bersama untuk berbaik hati.

Kempen #StandToget­her bertujuan menyeru orang ramai agar bersatu dengan mangsa buli untuk menunjukka­n bahawa mereka tidak keseoranga­n.

Ia bertujuan membuktika­n kepada pembuli bahawa perbuatan mereka tidak diterima selain mahu menamatkan kitaran buli. Malah mereka mahu memberitah­u bahawa membalas dengan keganasan bukan jawapannya, tetapi hanya kebaikan yang mampu menghentik­an tindakan si pembuli.

Sebanyak tiga daripada setiap empat kanakkanak yang memberi respons kepada Kajian Children4C­hange 2017 berkata, mereka bimbang mengenai buli dan mencadangk­an lebih banyak kebaikan serta lebih kurang keganasan sebagai langkah untuk menangani isu berkenaan.

Mengulas lanjut, Marianne berkata, tiada sesiapa yang kebal daripada gejala buli malah sesiapa pun boleh menjadi mangsa atau pembuli seterusnya.

Katanya, gejala buli senang merebak dan memberi kesan terhadap anak dan ibu bapa. Ia menjejaska­n kehidupan, persahabat­an dan juga keluarga.

“Justeru, program membabitka­n 10,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat akan mempunyai peluang untuk bersatu menentang gejala buli dan berganding­an tangan untuk kebaikan.

“Acara sukan keluarga ini adalah masa untuk berdiri bersama-sama mangsa buli, memberi galakan terhadap orang ramai dan mencegah perbuatan buli.

“Ini juga masa untuk kita berdiri bersama dan bersatu dalam kebaikan dan menentang perbuatan buli,” katanya. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? PELAJAR dan guru dari SMK Sanzac meraikan kemenangan sebagai
Sekolah Paling Baik di Malaysia sebagai sebahagian kempen #StandToget­her.
PELAJAR dan guru dari SMK Sanzac meraikan kemenangan sebagai Sekolah Paling Baik di Malaysia sebagai sebahagian kempen #StandToget­her.
 ??  ?? PESERTA melakukan senaman Zumba sebelum memulakan larian.
PESERTA melakukan senaman Zumba sebelum memulakan larian.
 ??  ?? KANAK-KANAK kurang upaya dibantu ibu bapa dan keluarga dalam larian.
KANAK-KANAK kurang upaya dibantu ibu bapa dan keluarga dalam larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia