Harian Metro

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI

-

mengekalka­n khasiat asli oat dengan menggunaka­n bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan beta-glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidra­t dan protein serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik, Alexia Horley berkata, pihaknya percaya sarapan adalah waktu makan yang paling penting.

”Lebih-lebih lagi apabila tiba Ramadan, ramai orang sukar menyediaka­n hidangan yang berkhasiat kerana perlu mengejar masa untuk bersahur, kemudian bergegas ke sekolah atau ke pejabat.

”Ramadan ini, nikmatilah oat yang dapat membantu membekalka­n tenaga. Pelanggan boleh mencuba resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan raya oleh cef selebriti Malaysia, Anis Nabilah,” katanya.

Bagi yang mahu mendapatka­n kebaikan oat, boleh mencuba resipi bubur lambuk yang enak serta berkhasiat.

BUBUR LAMBUK QUAKER OATS

Bahan

300g beras, dibasuh dan dikeringka­n

150g keledek, dipotong dadu 100g Quaker Quick Cook Oatmeal 8 ulas bawang, dihiris

6 ulas bawang putih, dihiris 4 sentimeter halia, dihiris nipis

50g udang kering

300g daging lembu, dihiris nipis

2 liter air

200g santan

3 sudu besar sos ikan

1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar

80g daun sirih, dihiris nipis 80g daun basil, dihiris nipis 80g pucuk paku, gunakan pucuk saja 80g basil thai, gunakan daun saja

Garam secukup rasa

Hiasan:

6 cili merah, dihiris

30g ketumbar, dihiris nipis 50g bawang goreng

Cara memasak:

1. Panaskan 4 sudu minyak sayuran. Goreng halia, bawang, bawang putih dan udang kering sehingga harum.

2. Tambah air, beras, oat, keledek dan daging lembu. Masak sehingga air mendidih dan kurangkan haba. Biarkan mereneh selama 20 hingga 25 minit. Kacau campuran sekaliseka­la.

3. Tambah santan, sos ikan, lada hitam, garam, daun sirih, pucuk paku dan basil. Masak sehingga campuran mendidih.

4. Hiaskan dengan ketumbar, cili merah dan bawang goreng sebelum disajikan.

 ??  ?? LAZAT dan menyelerak­an.
LAZAT dan menyelerak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia