Harian Metro

Snek ringan enak

-

Tidak sempat makan bukan alasan untuk terus berlapar. Sama ada anda sedang memandu, menghadap timbunan kerja, menunggu untuk melengkapk­an perjanjian perniagaan atau terperangk­ap dalam mesyuarat yang panjang, bawa snek Snickers untuk penyelesai­an mudah.

Ia bukan saja boleh membantu anda untuk bertahan apabila terpaksa menunggu lama, tetapi turut memenuhi keperluan saat anda mula berasa lapar, tidak kira di mana atau pada bila-bila masa.

Variasi baru Snickers Oats kini padat dengan bijirin yang digabungka­n dengan rasa coklat mewah, karamel serta kacang. Ternyata ia snek sesuai untuk pengguna yang lapar ketika menjalani rutin harian yang panjang, sama ada di tempat kerja, mengejar tarikh akhir sebelum menghantar tugasan universiti atau apabila sedang dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

Pengarah Unit Perniagaan Kategori

Mars Developing Asia,

Yee Pek Kuan berkata, terdapat banyak faktor yang menyebabka­n waktu menunggu terasa lebih lama dan salah satu daripadany­a adalah kerana lapar.

“Akibatnya, kita akan berasa gelisah, tidak sabar, malah mungkin juga menjadi seseorang yang tidak begitu menyenangk­an. Rakyat Malaysia sendiri meluangkan purata satu jam setiap hari untuk perjalanan pergi dan balik kerja. Ia bukan saja menjejaska­n emosi, tetapi juga menyebabka­n banyak masa berharga hilang.

“Justeru, kami percaya Snickers Oats boleh membantu mereka yang sering menunggu lama setiap hari menikmati pilihan snek mudah sebelum waktu makan seterusnya,” katanya.

Jelas Yee, snek ringan enak itu memang dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna. Ia boleh didapati di mana-mana kedai serbaneka atau cawangan runcit di seluruh negara. Snek berkenaan juga didatangka­n dalam bungkusan kecil yang boleh didapati di pasar raya.

 ??  ?? SNICKERS Oats enak dengan bijirin, coklat, karamel serta kacang.
SNICKERS Oats enak dengan bijirin, coklat, karamel serta kacang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia