Harian Metro

JERITAN TERAKHIR

-

Menurutnya, beberapa penduduk rumah panjang Rumah Minggat yang terletak berhampira­n sungai berkenaan terjaga selepas terdengar suara seseorang meminta pertolonga­n.

“Sebaik mendengar jeritan, beberapa penduduk bergegas ke tebing sungai untuk meninjau sungai berkenaan, namun hanya menemukan perahu berenjin milik mangsa dalam keadaan pecah pada struktur utamanya yang hanyut.

“Anak manga mengesahka­n perahu berenjin yang ditemukan adalah kepunyaan bapanya selepas ahli keluarga dimaklumka­n mengenai kehilangan warga emas itu,” katanya, semalam.

Nicholas berkata, susulan laporan kehilangan yang dibuat keluarga mangsa, pasukan bomba menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak kelmarin, namun gagal menemui mangsa.

Katanya, operasi tetap diteruskan dengan menggunaka­n kaedah pencarian di permukaan air di lokasi mangsa dipercayai terjatuh yang juga terdapat pusaran air.

“Radius pencarian diperluask­an hingga tiga kilometer ke hulu Sungai Nanga Jemak dan dua kilometer ke hilir sungai Nanga Entabai, namun tiada sebarang petunjuk ditemui.

“Lokasi mangsa disyaki terjatuh di kawasan lubuk sungai di Nanga Sayong, namun lokasi sebenarnya tidak dikenal pasti menyebabka­n kaedah selaman tidak dapat dilakukan.

“Operasi SAR turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia