Harian Metro

Seludup telur penyu waktu Tarawih

- Khalid Latip news@nstp.com.my

Jeritan kuat meminta pertolonga­n didengari penduduk awal pagi kelmarin, suara terakhir seorang lelaki warga emas yang hilang di Sungai Nanga Sayong, di sini.

Anjan Nyua, 66, hilang selepas disyaki dibawa arus sungai berkenaan selepas penduduk rumah panjang yang menetap di kawasan berhampira­n mendengar jeritan mangsa jam 1 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis pra-Gawai di sebuah sekolah rendah di Nanga Entabai. Sandakan: Tindakan tiga penyeludup telur penyu warga Filipina cuba menyelinap masuk ke daerah ini ketika umat Islam menunaikan solat Tarawih, gagal mengaburi pihak berkuasa apabila mereka ditahan di perairan Pulau Berhala, dekat sini, kelmarin.

Ketiga-tiga suspek berusia 19 hingga 50 tahun yang membawa 2,500 biji telur penyu menggunaka­n sebuah bot pam itu ditahan jam 8 malam oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 15 Sandakan, Superinten­dan Toipi Lamat berkata, bot dinaiki tiga suspek terbabit dipercayai datang dari arah perairan Filipina menuju ke bandar Sandakan sebelum disedari oleh dua bot ronda PGA yang menjalanka­n rondaan.

“Susulan itu, sepasukan 14 anggota PGA menggunaka­n dua bot ronda memintas bot pam berkenaan dan sebaik diperiksa, tiga lelaki terbabit gagal mengemukak­an sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaa­n di dalam bot pam itu kemudian menemui beberapa guni berisi 2,500 biji telur penyu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Toipi berkata, siasatan mendapati mereka adalah penduduk Pulau Taganak, Filipina dan mendapat upah RM200 bagi setiap penghantar­an ke negeri ini.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 dan Akta Imingresen 1963.

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mempergiat­kan operasi mencari dan
menyelamat mangsa yang hilang.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mempergiat­kan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.
 ??  ?? Anggota PGA berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,500 telur penyu menggunaka­n bot pam.
Anggota PGA berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,500 telur penyu menggunaka­n bot pam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia