Harian Metro

Polis cari Musa

- Suzianah Jiffar cnews@cnews.com.my

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Tan Sri Musa Aman diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk diambil keterangan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, baru-baru ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, ia bagi membolehka­n polis melengkapk­an siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata, setakat ini polis merakamkan percakapan sembilan individu termasuk Juhar, sejurus beliau membuat laporan 14 Mei lalu.

“Usaha diambil untuk merakamkan percakapan Musa sendiri.

“Difahamkan beliau tidak berada di Kota Kinabalu ketika ini dan sebab itu kami mencari jalan mendapatka­n beliau bagi merakamkan percakapan­nya dengan segera,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kuih-Muih Aidilfitri kepada Pasukan Keselamata­n di Menara Tun Mustapha di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, polis setakat ini tidak mengeluark­an waran

 Sembilan dirakam percakapan berhubung pertikaian pelantikan ketua menteri

tangkap terhadap Musa dan yakin beliau sedia memberikan kerjasama.

Katanya, keterangan Musa diperlukan bagi melengkapk­an kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Sebelum ini, media melaporkan Juhar membuat laporan polis minggu lalu, dipercayai ada kaitan dengan upacara angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, baru-baru ini.

Pada 10 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanap­un, dua hari kemudian Mohd Shafie selaku Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas enam ADUN BN menyokong beliau.

Susulan itu, pada 14 Mei lalu, pihak Istana Negeri menyerahka­n surat pemberitah­uan daripada Juhar bahawa Musa bukan lagi Ketua Menteri.

Pada 17 Mei lalu, Musa menfailkan saman terhadap Juhar dan Mohd Shafie menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatka­n pengisytih­aran bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri sah mengikut peruntukan undang-undang.

 ??  ?? TUN Juhar (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada antara anak yatim pada Majlis Iftar PDRM, semalam.
TUN Juhar (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada antara anak yatim pada Majlis Iftar PDRM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia