Harian Metro

Teringat arwah ibu

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

 Penghuni PERYATIM sebak setiap kali melihat ayam masak kicap

Setiap kali melihat juadah ayam masak kicap, fikiran Nurul Fatihah Baki, 16, melayang seketika teringatka­n ibunya yang meninggal dunia empat tahun lalu.

Itulah lauk kegemaran Nurul Fatihah dan ibunya tidak pernah menghampak­annya setiap kali dia meminta dimasak juadah itu.

Kini, semuanya sudah berlalu dan Nurul Fatihah tetap menggemari ayam masak kicap walaupun tidak sesedap masakan ibunya.

“Sedih, kadang-kadang saya tak mampu menahan air mata apabila melihat ayam masak kicap kerana ia mengingatk­an kenangan bersama ibu.

“Saya merindui saat bersama ibu terutama ketika waktu berbuka dengan lauk kegemaran saya itu,” katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui kelmarin.

Nurul Fatihah yang menghuni kediaman Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) sejak dua tahun lalu berkata, sebelum meninggal dunia pada 2014, setiap kali menjelang Aidilfitri ibunya yang berasal dari Kampung Tebelu, Sebuyau sibuk menyediaka­n baju raya untuk mereka empat beradik.

Begitu juga dengan bapanya yang berasal dari Debak, Betong tidak pernah lupa menyediaka­n kelengkapa­n untuk menceriaka­n mereka sekeluarga pada hari gembira itu.

Namun, dua tahun selepas ibunya meninggal dunia, bapa yang menjadi tempat Nurul Fatihah empat beradik bergantung pula meninggal dunia.

“Terlalu sedih apabila setiap kali terkenangk­an mereka. Kami belum puas merasai kasih sayang mereka,” katanya yang mengakui belum lagi memiliki baju baru untuk menyambut perayaan tidak lama lagi.

Seorang lagi anak yatim piatu, Hakimi Sabirin Hanafi, 13, dari Kampung Goebilt di sini berkata, ibunya meninggal dunia ketika dia baru berusia dua tahun.

Pada 2015, bapanya pula meninggal dunia dan kini dia bersama abang serta dua kakak menghuni rumah PERYATIM di Kuching.

“Ketika ibu meninggal dunia, saya masih terlalu kecil, tetapi saya ingat kenangan bersama ayah.

“Ayah paling sibuk menyediaka­n pakaian untuk kami setiap kali menjelang raya.

“Sedih juga setiap kali melihat rakan yang masih ada ibu bapa yang sentiasa gembira dengan baju baru setiap kali raya,” katanya yang tinggal di rumah PERYATIM sejak berusia lapan tahun.

 ?? Nurul Fatihah ?? NURUL Fatihah sebak setiap kali terkenang ibu dan bapanya yang sudah meninggal dunia. Sedih, kadang-kadang saya tak mampu menahan air mata apabila melihat ayam masak kicap kerana ia mengingatk­an kenangan bersama ibu”
Nurul Fatihah NURUL Fatihah sebak setiap kali terkenang ibu dan bapanya yang sudah meninggal dunia. Sedih, kadang-kadang saya tak mampu menahan air mata apabila melihat ayam masak kicap kerana ia mengingatk­an kenangan bersama ibu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia