Harian Metro

Dicekup sebelum edar syabu

-

Kelakuan mencurigak­an dua lelaki yang menunggang dua motosikal, membongkar rahsia pengedaran dadah dilakukan mereka di Jalan Patarikan, Kampung Patarikan, di sini.

Kedua-duanya berusia 35 dan 55 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas pada jam 12.40 tengah malam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superinten­dan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya melakukan intipan di kawasan berkenaan selama beberapa hari sebelum serbuan itu dibuat.

Katanya, suspek yang juga penganggur tidak sempat meloloskan diri susulan kawasan itu yang sudah dikepung.

“Pemeriksaa­n pada tubuh suspek berusia 55 tahun kemudian menemui bungkusan lut sinar dipercayai dadah jenis syabu seberat 26 gram dianggar bernilai RM3,000, di dalam poket bajunya.

“Manakala pemeriksaa­n pada suspek berusia 35 tahun tidak menemui sebarang bahan larangan. Kedua-duanya kemudian dibawa ke Balai Polis Lawas untuk menjalani ujian air kencing,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ujian saringan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu dan kini disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n suspek terbabit adalah pengedar dadah kecil-kecilan di kawasan kampung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia