Harian Metro

Krisis Perlis

Azlan Man masuk pejabat ‘Saya tak derhaka’ - Shahidan

- Muhammad Mustakim Ramli am@hmetro.com.my

“No more drama (tiada lagi drama), masa untuk bekerja,” kata Datuk Seri Azlan Man ringkas kepada puluhan wakil media yang menunggu beliau untuk memulakan tugas Menteri Besar bagi penggal kedua di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN).

Azlan yang berpakaian sut serba hitam dengan bertali leher berwarna merah tiba pada jam 10.10 pagi semalam, dengan diiringi beberapa pegawai kakitangan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu tersenyum sebaik melihat puluhan wakil media menanti beliau di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Kenyataan ringkasnya itu seolah-olah mengelak daripada menjawab pelbagai soalan daripada pihak media susulan kemelut yang melanda politik Perlis.

Azlan juga sempat melihat beberapa naskhah akhbar di atas meja yang hampir semuanya memaparkan berita dan laporan mengenai krisis politik negeri ini.

Kelmarin, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas dua minggu negeri ini tidak mempunyai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagaimanap­un lantikan Azlan mendapat tentangan daripada Pengerusi Perhubunga­n UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak bersetuju Azlan menjadi Menteri Besar.

Malah, sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) Perlis turut memboikot majlis istiadat dan angkat sumpah yang diadakan di Istana Arau sehingga mengundang kemurkaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirjaduddi­n Putra Jamalullai­l.

Baginda nyata kecewa kerana semua ADUN terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka iaitu dua hari sebelum majlis bermula.

 ??  ??
 ??  ?? AZLAN (kanan) meneliti dokumen sebaik tiba di pejabatnya di Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di Persiaran Wawasan.
AZLAN (kanan) meneliti dokumen sebaik tiba di pejabatnya di Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di Persiaran Wawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia