Harian Metro

Cuba noda eksekutif sumber manusia

-

Kuala Lumpur: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan cubaan merogol dan melakukan rompakan berkumpula­n terhadap seorang eksekutif sumber manusia, empat tahun lalu.

Amyrul Amry Che Azman, 25, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradura Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa cuba merogol mangsa yang berusia 40 tahun di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil, Cheras di sini, jam 9 pagi, 11 November 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, tertuduh bersama seorang yang dituduh didakwa melakukan rompak berkumpula­n ke atas mangsa yang sama dengan melarikan wang tunai RM800, sebuah telefon bimbit, tablet, dua rantai leher emas, tiga cincin emas dan kunci kereta di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni tidak mencadangk­an sebarang ikat jamin terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam berikutan kesalahan itu termasuk dalam kategori tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia