Harian Metro

SAJIAN UNIK NUSANTARA

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Bertemakan Juadah Nusantara, Cinnamon Coffee House di One World Hotel menyediaka­n pelbagai menu berbuka puasa yang lazat dengan menghimpun­kan hidangan nusantara.

Bermula dengan pelbagai acar, kerabu dan ulam-ulaman, kemudian beranjak ke hidangan istimewa iaitu ikan keli masak berlada, daging dendeng, bubur lambuk, ayam goreng berempah, kambing semur dan udang masak sambal hijau, keenakan rasa disajikan cukup menyelerak­an.

Selain itu, hidangan rendang ekor lembu, gulai hati lembu, ayam percik,

 Cinnamon Coffee House tawar pakej bufet RM140 untuk dewasa, RM70 kanak-kanak

ketam kalio, sayur masak nangka, rojak, sotong kangkong, udang mentega, mandy kambing, nasi dagang briyani gam dan banyak lagi disediakan Cinnamon Coffee House bagi memberikan pelbagai pilihan buat pengunjung.

Dengan hidangan utama yang pelbagai, jangan lupa simpan sedikit ruang untuk hidangan pencuci dari kek, pastri hinggalah ke aiskrim.

Tepung pelita, pengat pisang, bubur Cha Cha, kek durian, dodol dan tiramisu kelapa antara manisan yang tidak boleh dilepaskan.

Bagi anda yang ingin berbuka puasa bersama keluarga atau rakan, harga pakej bufet Juadah Nusantara di Cinnamon Coffee House adalah RM140 bagi dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun pada 7 hingga 14 Mei.

Untuk 15 Mei hingga 14 Jun pula, harga pakej ialah RM168 untuk dewasa dan RM84 kanak-kanak. Juadah Nusantara bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Tempahan awal digalakkan. Untuk maklumat lanjut, hubung 03 76811157 atau hantarkan e-mel ke cinnamon@ oneworldho­tel.com.my.

 ??  ?? PELBAGAI hidangan menu berbuka puasa dihimpunka­n pasti membuka selera pelanggan di Cinnamon Coffee House di One World Hotel.
PELBAGAI hidangan menu berbuka puasa dihimpunka­n pasti membuka selera pelanggan di Cinnamon Coffee House di One World Hotel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia