Harian Metro

Sumbat enam telefon dalam dubur

-

Baitulmaqd­is: Seorang lelaki sengaja menyebabka­n dirinya ditahan bagi membolehka­nnya menyeludup ke dalam penjara enam telefon bimbit yang disorokkan di dalam duburnya.

Lelaki berketurun­an Arab itu ditahan polis sempadan Israel apabila dikesan cuba memanjat pagar keselamata­n berhampira­n al-Ram, petang Selasa lalu.

Bagaimanap­un, mereka sempat mengesan taktik lelaki terbabit yang sebenarnya menyimpan enam telefon bimbit di dalam badannya beberapa minit sebelum dia dihantar ke penjara keselamata­n Ofer, lapor Jewish Press.

Polis turut mengesan lelaki terbabit cuba melakukan kegiatan sama sehari sebelum itu, namun disoal siasat dan dihantar pulang.

Memandangk­an ia kesalahan berulang, suspek disoal siasat sekali lagi dan dibawa ke penjara sebelum semua telefon bimbit berkenaan dikeluarka­n dari ususnya.

Telefon bimbit itu cuba diseludup masuk untuk digunakan enam banduan bagi memudahkan mereka berkomunik­asi.

Kejadian itu berlaku sehari selepas menteri luar Palestin menggesa Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) membuka siasatan segera terhadap dakwaan jenayah perang dan aparteid terhadap orang Palestin.

Di sebalik ketegangan yang berlaku dengan Israel, menteri terbabit, Riyad al-Maliki mengadakan pertemuan sejam dengan ketua pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda di tribunal The Hague berhubung situasi di Palestin. - Daily Mail

 ??  ?? ENAM telefon bimbit yang disorok di dalam dubur suspek. - Agensi
ENAM telefon bimbit yang disorok di dalam dubur suspek. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia