Harian Metro

PENINGKATA­N MUKA BARU

 Misbun optimis pemain muda mampu galas cabaran negara pada edisi Piala Thomas akan datang

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek menjangkak­an Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Tan Jia Wei kemungkina­n akan membarisi skuad kebangsaan pada edisi Piala Thomas seterusnya.

Selepas gagal untuk memenuhi sasaran melangkah ke separuh akhir kejohanan berprestij itu di Bangkok, Misbun berkata: “Secara jujur saya hanya berpuas hati dengan barisan pemain perseorang­an negara.

“Seperti dijangka (Datuk) Lee Chong Wei membuktika­n betapa penting dia di dalam pasukan apabila tidak pernah gagal memberikan mata pertama kepada negara.

“Zii Jia juga menunjukka­n kematangan. Kini dia mula memahami apa yang diperlukan olehnya. Berikannya dua tahun dan saya yakin dia akan menjadi seorang pemain lebih cemerlang,” katanya.

Misbun kemudian berkata, kurangnya pengkhusus­an tertentu adalah antara faktor utama yang menyebabka­n skuad negara gagal memenuhi sasaran ke separuh akhir.

“Kita perlu mengetepik­an soal kepentinga­n individu. Lihat bagaimana pasukan seperti Denmark yang bersatu sebagai sebuah pasukan.

“Budaya seperti ini perlu diterapkan sejak zaman kanak-kanak lagi.

“Pemain seperti Iskandar (Zulkarnain Zainuddin) bagi saya ketinggala­n lima tahun ke belakang daripada potensi sebenarnya. Dia sepatutnya mampu mempamerka­n aksi seperti ini lima tahun lalu.

“Tapi saya perlu memberikan kredit kepadanya kerana semangat juangnya yang tinggi. Seperti Chong Wei, saya lihat Iskandar mempunyai kaliber sebagai seorang ketua.

“Dia hanya kurang daripada segi permainan dan skil.

“Sudah tentu saya akan melakukan penilaian semula sama ada dia masih lagi releven untuk pasukan atau tidak. Jika kami mahu menggugurk­annya, terpulang kepada pihak pengurusan.

“Saya hanya membuat penilaian daripada perspektif saya saja,” katanya.

Misbun yang mengambil alih tugas selaku jurulatih perseorang­an pertengaha­n tahun lalu mengakui dengan tumpuan yang khusus, Malaysia seharusnya mampu membentuk sebuah pasukan mantap untuk beberapa tahun lagi.

“Daripada kejohanan ini, saya melihat Zii Jia dan Jun Hao membuktika­n mereka mempunyai kemampuan melebihi jangkaan orang ramai,” katanya.

 ??  ?? JUN Hao
JUN Hao
 ??  ?? MISBUN
MISBUN
 ??  ?? ZII Jia
ZII Jia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia