Harian Metro

Penyokong Real pulang 1,000 tiket

-

Kiev, Ukraine: Peminat Real Madrid memulangka­n 1,000 tiket perlawanan final Liga Juara-Juara bertemu Liverpool susulan kos penginapan dan pengangkut­an yang melambung tinggi menghalang mereka daripada berkunjung ke bandaraya ini.

Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin berkata, tiket-tiket berkenaan tidak boleh dijual semula kepada peminat Liverpool atas alasan keselamata­n, tetapi mereka akan menjualnya kepada peminat tempatan di ibu negara Ukraine itu.

Kemarahan peminat kedua-dua pasukan ketika ini memuncak membabitka­n kenaikan mendadak harga bilik hotel dan pembatalan tempahan dengan sesetengah hotel mengenakan harga 100 kali lebih tinggi berbanding harga standard.

“Saya tidak kecewa, tetapi saya marah,” katanya kepada AFP.

“Saya fikir ia sesuatu yang memalukan buat ibu negara, di mana pemilik hotel individu tidak memberikan orang peluang untuk datang ke sini bukan seperti yang berlaku di bandar-bandar lain dengan meningkatk­an harga kepada 10 kali ganda, tetapi hampir 100 kali ganda.”

Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul yang memiliki kapasiti 76,000 tempat duduk dinamakan sebagai tuan rumah final edisi 2020, semalam, manakala final musim depan berlangsun­g di gelanggang Atletico Madrid, Wanda Metropolit­ano.

Selain itu, Ceferin mengakui penjualan tiket final dalam pasaran gelap turut menjadi masalah besar. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia