Harian Metro

Busana tradisi sentuhan moden

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Potongan baju kurung moden, kurung Pahang dan kebaya antara busana yang mendapat permintaan tinggi menjelang lebaran. Walaupun rekaan gaun labuh dan jubah turut mewarnai pasaran, gaya tradisi tetap menjadi pilihan wanita. Selain tampil sopan, baju kurung dan kebaya dengan rekaan moden sesuai digayakan untuk semua peringkat usia.

Bagi pengasas AdreanaRos­e, Nor

Rosniaty Othman, sejak memperkena­lkan jenama ini pada 2016, dia semakin yakin wanita tetap ingin memiliki sepasang baju kurung dan kebaya yang menjadi koleksi menjelang Aidilfitri. Ini disebabkan pemakaian baju kurung dilihat sebagai tidak lapuk ditelan zaman. Ia kekal menyerlah dan tampak manis digayakan.

“Sebab itu sejak dilancarka­n pada 2016, jenama ini terus mendapat perhatian menerusi baju tradisiona­l. Malah baju kurung menjadi tanda pengenalan dan sentiasa diperbahar­ui potonganny­a setiap tahun,” katanya.

Pada tahun ini,

Nor Rosniaty masih mengekalka­n rekaan sama cuma diberikan nafas baru dengan tambahan perincian pada bahagian tertentu.

Menariknya, setiap satu direka dengan perincian berbeza bagi memberikan nilai eksklusif tersendiri.

Ini bermakna walaupun potongan sama, setiap helaian mengetenga­hkan perincian seperti sulaman, tampalan manik dan jahitan renda secara berbeza-beza.

“Sebagai pengamal fesyen, saya percaya setiap wanita inginkan kelainan dalam gaya mereka. Perbezaan ini kami tampilkan menerusi perincian. Ia sesuai dengan gema raya yang menampilka­n konsep glamor namun tidak mengetepik­an kesopanan dan keayuan,” jelasnya.

Ingin mempelbaga­ikan rekaan, jenama ini turut mempamerka­n jubah dan gaun labuh moden dengan manik dan renda bagi menonjolka­n kecantikka­nnya. Hadir dengan rona pastel dan terang, ia memberikan pilihan tersendiri kepada pelanggan.

“Setiap rekaan tampil memikat menggunaka­n fabrik berkualiti. Selain jualan untuk pakaian sedia dipakai, kami juga menyediaka­n khidmat tempahan untuk baju wanita dan juga lelaki. Malah mereka yang ingin melangsung­kan perkahwina­n boleh mendapatka­n busana perkahwina­n impian mengikut cita rasa sendiri,” ujarnya.

Harga untuk busana wanita bermula RM100 ke atas manakala lelaki daripada RM80 ke atas. Sepanjang Ramadan ini, butiknya beroperasi di SACC Mall Shah Alam dan Bukit Jelutung manakala tapak jualan turut dibuka di The Curve, Mutiara Damansara setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia