Harian Metro

Gabungan moden, tradisiona­l

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Mainan warna terang dan pastel dengan corak flora menjadi pertaruhan buat jenama Idasu bertemakan ‘ketelusan’ dalam menggambar­kan perasaan wanita menjelang lebaran.

Dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, sana sini orang menggayaka­n padanan polos yang menjadi trend dan dirasakan lebih bergaya. Jemu dengan helaian polos yang sudah digayakan beberapa tahun, kali ini apa kata mengubah selera mencuba padanan bercorak yang tidak kurang cantiknya.

Apatah lagi jika corak khususnya lakaran flora indah menghiasi pakaian. Jika bijak memilih, anda boleh tampil menyerlah, manis, ceria dan tampil lebih muda.

Daripada rekaan baju kurung labuh, kurung pendek dan kebaya, ciri tradisiona­l tetap dikekalkan dalam potongan moden untuk memberi lebih keselesaan buat si pemakai.

Diasaskan oleh Datuk Ida Suraya Mustapha dan M Adhli, koleksi itu adalah percubaan pertama mereka menyediaka­n pelanggan pilihan pakaian sedia dipakai (RTW).

Bagi koleksi hari raya ini, jenama itu menampilka­n rekaan bertemakan flora yang dibuat daripada fabrik bermutu tinggi dari luar negara untuk memberi kelainan dan keunikan kepada si pemakai.

Selain busana untuk lebaran, jenama itu juga menampilka­n koleksi tudung, blaus, seluar dan pakaian kerja, sekali gus sebagai hab pakaian untuk semua lapisan masyarakat.

Bagi koleksi lebaran, ia didatangka­n dalam saiz bermula S hingga XL manakala harga jualan bermula daripada RM259 hingga RM499 dan tudung antara RM89 hingga RM139.

Menurut Ida, visi jenama itu menawarkan rekaan RTW dengan pilihan pelbagai koleksi pakaian harian hingga majlis pada harga kurang daripada RM600 dengan kualiti fabrik terbaik dari negara Eropah dan Amerika Syarikat setanding jenama pakaian antarabang­sa.

Padanan

polos, bercorak

beri keunikan tersendiri

kepada si pemakai

 ??  ?? KOLEKSI RTW manis digayakan pada lebaran. REKAAN flora menyerlahk­an keanggunan.
KOLEKSI RTW manis digayakan pada lebaran. REKAAN flora menyerlahk­an keanggunan.
 ??  ?? CIRI tradisi dikekalkan dengan pengaruh
moden.
CIRI tradisi dikekalkan dengan pengaruh moden.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia