Harian Metro

SAMBAL ‘KICK’

-

Resipi rahsia ibu jadi pelaris nasi lemak

resipi rahsia itu diperturun­kan kepada kita,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Metro Prima, Kepong di sini, semalam.

Berkat usaha tanpa erti penat lelah dengan menambah baik lagi sambal nasi lemak berkenaan menyebabka­n makanan tradisi yang dihasilkan wanita berkenaan mendapat reaksi positif daripada orang ramai terutama penduduk di sekitar Metro Prima.

“Setiap pagi saya akan menjual nasi lemak berhampira­n Stesen Komuter Kepong dan makanan terbabit boleh terjual sekitar 150 bungkus sehari.

“Walaupun, nasi lemak saya mendapat reaksi positif daripada orang ramai, tetapi saya masih lagi dalam proses belajar untuk menghasilk­an makanan tradisi berkenaan yang lebih sedap dan enak,” katanya.

Selain itu, dia turut bersyukur kerana dipilih sebagai peserta program

5by20 yang banyak membantuny­a dalam melakukan penjenamaa­n produk dan merangka strategi pemasaran.

“Saya berasa bertuah kerana dapat belajar daripada pengendali produk minuman terkemuka dunia.

“Sebelum ini, kami berdepan masalah untuk mempromosi­kan makanan tradisi ini secara lebih meluas.

“Kempen Coca-Cola KU membantu saya untuk memperkena­lkan makanan popular berkenaan kepada umum terutama di sekitar Kepong dan ternyata memberi impak apabila semakin ramai pelanggan mahu cuba berbanding sebelum ini,” katanya.

 ?? Hazimah ?? HAZIMAH melayan pelanggan membeli nasi lemak sambal ‘kick’ di gerainya. Jika diikutkan bukannya mudah kerana air tangan ibu berbeza dengan kita walaupun resipi rahsia itu diperturun­kan kepada kita”
Hazimah HAZIMAH melayan pelanggan membeli nasi lemak sambal ‘kick’ di gerainya. Jika diikutkan bukannya mudah kerana air tangan ibu berbeza dengan kita walaupun resipi rahsia itu diperturun­kan kepada kita”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia