Harian Metro

Program amal kongsi rezeki

-

Program amal Titipan

Kasih Harian Metro (TKHM) yang diadakan di Gelang Patah di sini, bertepatan dengan matlamat untuk mendekatka­n akhbar Harian Metro kepada pembaca, di samping berkongsi rezeki iaitu keuntungan syarikat kepada masyarakat yang memerlukan.

Pengarang Eksekutif Projek Khas The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi TKHM Othman Mamat berkata, penyerahan moreh berjumlah RM2,000 kepada lima masjid dalam mukim Tanjung Kupang adalah inisiatif yang julung kali diadakan di samping menyampaik­an sumbangan kepada 200 anak yatim serta pelajar miskin dan penyerahan

#HMKotakRez­eki kepada 20 keluarga miskin.

Setiap keluarga miskin turut menerima ‘duit raya’ RM300 manakala anak yatim dan murid miskin menerima RM100.

“Pengisiann­ya kita ada buat sedikit perubahan.

Kalau kebiasaann­ya kita mengadakan program gotong-royong, sediakan beg sekolah, rewang menyediaka­n juadah, buat jamuan untuk orang kampung dan sebagainya.

“NSTP membuat satu dasar baru iaitu menyerahka­n sebahagian besar daripada sumbangan penaja kepada penerima.

“Maknanya kalau dahulu sebahagian daripada duit kita gunakan untuk buat kemeja-T, beli beg sekolah dan jamuan kampung, tetapi tahun ini duit itu kita serah kepada kumpulan sasar termasuk orang miskin, keluarga susah dan golongan asnaf dan anak yatim,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia