Harian Metro

Aidilfitri kali ini lebih bermakna

-

Gelang Patah: “Terima kasih kepada Forest City dan Harian Metro (HM) kerana membantu meringanka­n beban untuk saya menjalani ibadat puasa dan meraikan Aidilfitri,” kata Fatimah Fadmo, 70.

Fatimah antara 10 keluarga kurang berkemampu­an dari Kampung Ladang di sini, yang menerima #HMKotakRez­eki barangan dapur dan sumbangan duit raya pada program amal Titipan Kasih Harian Metro (TKHM, semalam.

Ibu tunggal tiga anak itu berkata, sejak kematian suaminya, Jamal Harun, 30 tahun lalu, dia tinggal seorang diri di rumah, namun tiga anaknya yang bekerja di sekitar negeri ini akan pulang menjengukn­ya.

“Walaupun tinggal seorang diri di rumah, tetapi anak-anak dan jiran setempat selalu membantu. Saya memang akan menguruska­n diri, memasak dan mengemas rumah sendiri.

“Alhamdulil­lah, dengan bantuan ini, ia memudahkan saya menyediaka­n juadah untuk berbuka puasa. Ini tahun kedua saya menerima sumbangan menerusi TKHM.

“Saya juga menerima bantuan RM300 sebulan daripada Baitulmal malah anak-anak turut memberi wang belanja.,” katanya.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang tahun kedua diadakan di mukim Tanjung Kupang di sini, ditaja oleh Country Garden Pacificvie­w (CGPV), pemaju projek mega, Forest City.

#HMKotakRez­eki yang mengandung­i kelengkapa­n dapur seperti beras, tepung gandum, gula, bihun dan kordial itu ditaja barisan penaja yang berkolabor­asi pada tahun ini membabitka­n Affin Islamic Bank, Pos Laju, Watsons dan Nabati Group.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia