Harian Metro

Buka peluang niaga tujuh kampung

-

Kota Tinggi: Petronas melalui kerjasama Koperasi Jaya Teluk Ramunia (Kojaya) membuka peluang kepada penduduk setempat dari tujuh kampung yang terbabit dengan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) (pengambila­n tanah) untuk menjadi peniaga di pasar malam di situ.

Menurut Pengerusi Kojaya, Syed Bahrim Syed Ibrahim, pasar malam itu memberi ruang kepada 52 peniaga tempatan untuk menjana pendapatan.

“Setiap gerai makanan turut menawarkan menu berbeza bagi memenuhi cita rasa dan keperluan pekerja warga asing di sini yang datangnya dari pelbagai negara.

“Untuk berniaga di sini mereka mestilah penduduk yang terbabit dengan pengambila­n tanah dan penduduk asal Pengerang.

“Kita juga ambil kira keupayaan mereka menyediaka­n makanan memandangk­an jumlah pekerja yang ramai,” katanya yang memaklumka­n pasar malam itu dibuka bermula jam 5 petang hingga jam 10 malam.

Di sini juga katanya, peniaga perlu mematuhi peraturan kebersihan dan keselamata­n, dengan pemantau Petronas bagi memastikan makanan selamat serta bebas keracunan. Selain harga turut dipantau dan mesti dipamerkan.

Projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) itu kini banyak mengubah persekitar­an yang dulunya dilatari kawasan perladanga­n dan perkampung­an.

Lebih membanggak­an PIC adalah pelaburan hiliran terbesar yang pernah dijalankan Petronas di Malaysia.

Malah kompleks itu kelak bakal menempatka­n Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan Petronas dan dijangka siap pada suku pertama 2019.

Pada masa sama, projek yang dimulakan pada 2104 ini sudah pun memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat terutamany­a dari segi peningkata­n taraf sosio ekonomi serta pertumbuha­n industri sokongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia