Harian Metro

PIAT SAMPAI KOYAK

- Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Telinga murid perempuan terpaksa dijahit akibat dipulas guru

Seorang murid perempuan tahun dua terpaksa menanggung kesakitan apabila telinganya terkoyak selepas mendakwa dipulas oleh guru yang tidak berpuas hati terhadap mangsa dalam kejadian di sebuah sekolah di Bentong, Pahang pada 22 Mei lalu.

Malah, mangsa terpaksa menahan kesakitan sebelum rakan murid berkenaan menyedari tudungnya dipenuhi darah akibat perbuatan itu.

Menceritak­an kejadian malang itu, bapa mangsa Khairul Haquimin Rasabar, 32, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak sekolah kira-kira jam 10.20 pagi yang memaklumka­n telinga anak sulungnya Damia Muslisha Khairul Haquimin, 8, berdarah.

“Pada awalnya, saya fikirkan mungkin perkara biasa seperti terjatuh namun sebaik tiba di sekolah terbabit luka anaknya sudah dicuci selain guru besar membersihk­an tudung yang sebelum itu dipenuhi darah.

“Isteri saya yang juga seorang jururawat melihat telinga anak kemerahan sebelum pemeriksaa­n lanjut mendapat terdapat kesan koyakan di bahagian belakang,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Khairul Haquimin berkata, anaknya dibawa ke Klinik Desa Janda Baik untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum dibawa ke Hospital Tawakal berikutan kesan koyakan agak teruk.

“Sebaik tiba di hospital, doktor memaklumka­n kes terbabit perlu dirujuk kepada pakar berikutan bimbang boleh menjejaska­n urat saraf atau masalah lain.

“Damia Muslisha dibedah pada jam 4 petang pada hari yang sama sebelum dia dibenarkan keluar hospital kelmarin selepas menjalani rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Dr Tajuddin Mohd Yunus ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit.

“Saya sudah minta Pejabat Pendidikan Daerah untuk menyiasat perkara berkenaan dan pastikan kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN telinga Damia Muslisha sebelum mendapat
rawatan doktor pakar.
TELINGA Damia Muslisha terpaksa dijahit dipercayai
akibat dipulas gurunya.
KEADAAN telinga Damia Muslisha sebelum mendapat rawatan doktor pakar. TELINGA Damia Muslisha terpaksa dijahit dipercayai akibat dipulas gurunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia