Harian Metro

1,000KM MENCARI ISLAM

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Gadis dari Venezuela ke Bogota, Colombia hadiri bengkel dakwah

rakyat Malaysia

Meskipun belum sah bergelar wanita Muslim dia sanggup menempuh perjalanan sejauh 1,000 kilometer, memakan masa selama dua hari dengan menaiki bas dari Venezuela ke Bogota, Colombia semata-mata mahu mendalami Islam.

Itu antara pengorbana­n seorang gadis 18 tahun yang dikenali sebagai Alexandria yang sanggup bersusah payah menghadiri bengkel dakwah anjuran sekumpulan aktivis dakwah dan kemanusiaa­n dari Malaysia di Bogota.

Kecekalan remaja perempuan itu cukup mengharuka­n aktivis dakwah dan kemanusian yang mengendali­kan bengkel berkenaan termasuk

(MRM), Firdaus Wong Wai Hung.

Lebih menggembir­akan Alexandria, diberikan hidayah apabila gadis itu mengucapka­n dua kalimah syahadah selepas beberapa hari menyertai bengkel disertainy­a.

Firdaus Wong berkata, dia bersama empat lagi aktivis dakwah dan kemanusiaa­n MRM berkunjung ke Colombia selama lima hari bermula 25 April lalu bagi melaksanak­an Bengkel Dakwah di negara berkenaan.

Katanya, seramai 45 peserta dari seluruh pelosok negara di Amerika Selatan itu menghadiri bengkel berkenaan yang diatur dengan pelbagai pengisian seperti Motivasi Muslim, Dialog Antara Agama Islam dan Kristian dan Dakwah Jalanan.

Menurutnya Alexandria, antara tiga remaja perempuan memeluk Islam di Masjid Estambul, Bogota dan peristiwa itu berlangsun­g selepas Solat Jumaat sewaktu bengkel berlangsun­g.

Ceritanya, aktivis dan peserta lain amat kagum dengan kesungguha­n gadis itu kerana sanggup membelanja­kan Peso120,000 (RM161) untuk bayar tambang bas selain hanya menjamah roti serta gula-gula untuk mengalas perut berikutan kekangan kewangan.

“Sebelum mengucapka­n dua kalimah syahadah, saya bertanya kepada gadis itu apakah ada ajaran dalam Islam yang tidak disukainya. Gadis itu beritahu dia amat tertarik dengan Islam dan mahu mendalami agama ini dengan lebih mendalam.

“Namun apa yang menjadi kebimbanga­n gadis itu kemampuann­ya menunaikan solat lima waktu selain berhijab dan meninggalk­an gaya pemakaiann­ya yang sebelum tidak mengikut ajaran Islam,” katanya ketika ditemui di Pejabat MRM di Jalan Genting Klang di sini.

Jelas Firdaus Wong, selepas berbincang dan memberikan penerangan mengenai Islam kepada Alexandria selama 20 minit remaja itu bersetuju mengucapka­n dua kalimah syahadah.

“Apa yang saya maklumkan perubahan perlu dilakukan secara berperingk­at dan mengambil masa, tidak ada jalan pintas atau cuba jadi malaikat dalam sekelip mata.

“Pastikan setiap hari kita bergerak ke depan walaupun sedikit. Alhamdulli­llah, Alexandria mengucapka­n dua kalimah syahadah, ketika itu juga air matanya berjurai membasahi pipi, kerana terlalu gembira,” katanya.

 ??  ?? ALEXANDRIA FIRDAUS Wong menenangka­n
seorang peserta ketika menggendal­ikan bengkel dakwah di Bogota, Colombia.
ALEXANDRIA FIRDAUS Wong menenangka­n seorang peserta ketika menggendal­ikan bengkel dakwah di Bogota, Colombia.
 ??  ?? FIRDAUS Wong
FIRDAUS Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia