Harian Metro

Cinta Violetta-Mohd Adli

-

Kuala Lumpur: “Isteri tidak tahu berbahasa Inggeris manakala saya pula langsung tidak tahu bertutur dalam bahasa Sepanyol. Tetapi perkara itu bukan halangan kerana kami lakukan semua ini demi Allah.

“Semua yang berlaku inilah yang dikatakan jodoh walaupun sebenarnya kami tak rancang untuk berkahwin,” kata Mohd Adli Ja’affar, 27, suami kepada wanita mualaf warga Colombia, Violetta, 34.

Mohd Adli jurugambar bagi

(MRM) mengahwini Violetta sewaktu mengendali­kan bengkel dakwah di Bogota, 29 April lalu.

Menurutnya, perkahwina­nnya dengan ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun itu sesuatu yang tidak dirancang.

Katanya, pertemuann­ya dengan Violetta bermula selepas seorang sahabat dari Colombia iaitu Abdul Jamid yang juga wakil penganjur bergurau dengan rakan aktivis dari Malaysia dengan bertanyaka­n apakah ada dalam kalangan mereka masih bujang.

“Lalu dimaklumka­n saya masih bujang, kemudian Abdul Jamid bertanya apakah kriteria isteri saya cari. Kemudian saya menjawab hanya dua perkara iaitu seorang wanita yang cintakan Allah dan RasulNya melebih segala-galanya.

“Manakala kriteria kedua wanita berkenaan mesti memahami tugas seorang suami sebagai pendakwah yang sibuk dan menjadi milik masyarakat.

“Lantas Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung yang turut berada di situ mencadangk­an kepada Abdul Jamid mencarikan calon kepada saya memandangk­an saya masih bujang dan gurauan itu mula menjadi serius,” katanya.

Mohd Adli berkata, susulan cadangan itu dia menghubung­i keluarga di Malaysia untuk mendapatka­n pandangan dan restu daripada ibunya sebelum membuat keputusan bernikah dengan Violetta.

Anak kelahiran Manjung, Perak itu berkata, restu daripada keluarga terutama ibunya memberikan keyakinan kepadanya berkahwin.

“Abdul Jamid bertanya kepada peserta wanita bengkel dakwah yang sanggup berkahwin dan pada waktu itu ada seorang gadis berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Amerika Syarikat menawarkan diri, tetapi terpaksa dibatalkan kerana ibu bapa pihak perempuan tidak memberi restu.

“Kemudian Violetta pula menyatakan persetujua­n berkahwin dan selepas mendapat persetujua­n kami melangsung­kan majlis pernikahan sejurus solat Asar pada 29 April lalu dengan mahar yang dipinta dua surah al-Quran iaitu Al-Kafirun dan Al-Ikhlas,” katanya.

Jurugambar itu berkata, keputusan untuk berkahwin dilakukan kerana Allah dan dia menerima Viloletta serta anaknya dengan ikhlas.

“Violetta memeluk Islam pada Disember tahun lalu dan disebabkan itu dia yang memiliki berkelulus­an ijazah sarjana muda dari sebuah universiti di luar negara Colombia kehilangan kerja,” katanya.

 ??  ?? MOHD Adli Ja’affar ketika mengimamka­n solat sunat selepas berkahwin dengan Violetta.
MOHD Adli Ja’affar ketika mengimamka­n solat sunat selepas berkahwin dengan Violetta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia