Harian Metro

JS Pictures terus gah

-

Kualiti dan kehebatan drama terbitan JS Pictures milik Sheila Rusly dan suaminya, pengarah Azman Yahya atau Jinggo memang tidak dapat disangkal lagi.

Cik Pang memang meminati karya terbitan produksi mereka sejak dulu.

Malah, Cik Pang tidak terkejut apabila drama terbitan JS Pictures, Dekatkan Jarak Kita gandingan Syafik Kyle dan Ayda Jebat yang bersiaran di TV3 mengunggul­i kategori Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018, baru-baru ini.

Terbaru, teman Cik Pang memberitah­u drama bersiri terbaru JS Pictures Isteri Untuk Diiktiraf gandingan Redza Rosli dan Elvina Mohamad pula mencuri perhatian penonton ketika ini.

Drama bersiri itu bersiaran di Slot Widuri Khas Ramadan setiap hari jam 7 malam mulai 16 Mei lalu di TV1.

Menurut teman Cik Pang, disebabkan tuntutan kerja di pejabat, dia hanya dapat menonton siaran ulangan drama itu ketika bersahur saja.

Malah, kata teman Cik Pang, dia dan ahli keluarga juga akan melekat di kaca TV untuk menonton siaran ulangan drama itu setiap awal pagi sementara menanti waktu solat Subuh.

Mungkin ada yang menganggap kisah perkahwina­n bukan atas dasar cinta tapi atas kehendak keluarga yang dipaparkan dalam drama itu klise tetapi Jinggo berjaya menggarap cerita menjadikan­nya lebih menarik dan meninggalk­an impak mendalam di hati penonton.

Lakonan mantap Elvina sebagai Safiyya isteri yang tidak dicintai suami berjaya meraih simpati penonton.

Kata teman Cik Pang, lakonan Redza sebagai Tengku Wildan juga menyerlah. Redza berjaya menjiwai karakter suami yang kejam sekali gus dibenci penonton.

Begitu juga lakonan mantap Sheila Rusly sebagai Puan Sri yang masih tidak dapat menerima Safiyya sebagai menantu pilihan suaminya, Tan Sri Tengku Hairie.

Selain itu, penonton juga dapat melihat sisi lain Janna Nick dengan karakter antagonis, Ana Julia yang juga kekasih Tengku Wildan.

Cerita adaptasi novel karya Nurfaza Alisya ini juga dimantapka­n dengan barisan pelakon seperti Arash Mohd, Sharifah Shahora, Dayana Roza, Shah Jaszle dan Sweet Qismina.

Apapun, syabas Cik

Pang ucapkan buat

Sheila dan Jinggo serta produksi JS Pictures kerana menghasilk­an karya yang bagus sekali gus menyajikan sajian hiburan berkualiti kepada penonton.

 ??  ?? JINGGO dan Sheila saji hiburan berkualiti kepada penonton.
JINGGO dan Sheila saji hiburan berkualiti kepada penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia