Harian Metro

Sukar dapat tajaan baju

-

Jika nak diikutkan, nama artis lelaki ini tidak perlu diperkenal­kan lagi dalam dunia hiburan tanah air. Malah, kredibilit­inya terbukti menerusi pengiktira­fan yang pernah diraih sebelum ini.

Namun, kata teman Cik

Pang, dia berasa serik untuk mengadakan sesi fotografi dengan artis lelaki terbabit pada masa akan datang.

Menurut teman Cik Pang semuanya kerana kesukaran untuk mendapatka­n penajaan baju bagi menjayakan sesi fotografi sebelum ini.

Pada mulanya, pengurus artis itu memberitah­u teman Cik Pang dia akan mencari penaja baju untuk artisnya itu.

Namun, seminggu selepas itu, dia memberitah­u Cik Pang, beberapa pereka terkenal pada mulanya berminat untuk menaja baju artis itu tetapi menarik diri pada saat akhir.

Justeru, teman Cik Pang terus menawarkan diri untuk mencarikan baju tajaan untuk artis terbabit.

Bagaimanap­un, usaha teman Cik Pang mendapatka­n baju tajaan pereka terkenal untuk artis itu juga tidak berjaya.

Alasan pereka fesyen mereka tiada baju baru dan saiz sesuai untuk artis terbabit.

Sedangkan sebelum ini, teman Cik Pang tidak pernah berdepan masalah mendapat tajaan baju untuk artis lain daripada pereka fesyen pun sebelum ini.

Bagi Cik Pang pula, pastinya ada yang tidak kena dengan artis itu hingga pereka terkenal juga tidak berminat menaja baju.

Apa yang Cik Pang harapkan semoga artis itu menjaga hubungan baiknya dengan pereka fesyen tempatan.

Jika dia pernah bermasam muka atau berselisih faham dengan mana-mana pereka fesyen, segeralah minta maaf. Apatah lagi di bulan puasa penuh barakah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia