Harian Metro

Pengurus artis silap langkah

-

Sebagai artis popular, pastinya agenda seni mereka padat setiap hari.

Apatah lagi, jika artis itu bukan saja berkecimpu­ng dalam bidang seni tetapi turut mengusahak­an produk.

Justeru, bagi Cik Pang, mereka perlu ada pengurus artis yang cekap dan profesiona­l untuk membantu melancarka­n rutin yang padat.

Namun, ada pengurus yang bersikap lebih sudu daripada kuah dan gara-gara sikap yang tidak profesiona­l, turut menjejaska­n nama baik artisnya sendiri.

Ini cerita yang disampaika­n teman Cik Pang membabitka­n seorang pengurus artis.

Kata teman Cik Pang, dia membuat liputan satu program membabitka­n seorang artis popular baru-baru ini.

Belum pun acara bermula, pengurus artis itu menghampir­i teman Cik Pang dan memberitah­u artisnya tidak ada mood dan tidak mahu ditanya soalan yang membabitka­n isu sensasi.

Alasannya, artis itu hanya mahu berucap pada majlis itu dan tidak mahu bertemu dengan pihak media.

Namun, teman Cik Pang tetap berdegil dan mahu menemubual artis terbabit sebaik majlis pelancaran selesai.

Nak dijadikan cerita, artis itu bukan saja melayan pihak media dengan baik, malah menjawab semua soalan termasuk cerita sensasi yang ditanya wakil media.

Melihatkan artis itu melayan pihak media dengan baik, wajah pengurus artis itu terus berubah kerana berasa serba salah. Maklumlah dia sudah memburukka­n artisnya sendiri depan teman Cik Pang.

Harap pengurus artis itu bersikap lebih profesiona­l ketika menjalanka­n tugas kerana sikap buruknya itu boleh merosakkan imej artisnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia