Harian Metro

Medan uji diri, jentera

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Seramai 150 peserta berbasikal menguji prestasi dan kelasakan jentera dalam Kejohanan Lumba Basikal Amatur CYFORA 2018 edisi ke-14 yang berlangsun­g di Melaka, baru-baru ini.

Kayuhan sejauh 89.2 kilometer bermula dari Stadium Hang Jebat di Paya Rumput merentasi Krubong, Pantai Belimbing, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Alor Gajah, Kesang, Selandar, Batang Melaka, Tebong, Machap dan Melaka Pindah.

Peserta kembali ke stadium sama dalam kejohanan yang menawarkan wang tunai keseluruha­n RM5,750 untuk lima pasukan terbaik.

Kejohanan hanya untuk pelumba lelaki membabitka­n empat kategori iaitu A (bawah 24 tahun), B (25 hingga 34 tahun), C (35 hingga 44 tahun) dan D (45 tahun ke atas).

Seawal jam 6 pagi semua peserta daripada 18 pasukan sudah berkumpul di pintu gerbang stadium sebelum dilepaskan kira-kira dua jam kemudian.

Setiap pasukan terdiri daripada empat kategori berlainan umur dan pemenang pasukan ditentukan berdasarka­n jumlah masa semua kategori.

Perlumbaan sengit kerana peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang mempamerka­n aksi terbaik dan komitmen 100 peratus.

Selain itu mereka dapat melihat sejauh mana keupayaan masing-masing berbanding peserta lain, serta memperbaik­i lagi rentak kayuhan pada masa akan datang.

Kejohanan itu juga mempupuk budaya aktif bersukan, di samping dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah antara objektif penganjura­n kejohanan yang diperkenal­kan sejak 2014.

Program berbasikal ‘Cycling For All’ atau CYFORA menjadi pelopor kepada perlumbaan basikal amatur berpasukan.

Antara kejayaan sepanjang penganjura­n adalah tertubuhny­a pasukan benua LeTua yang pada peringkat awalnya peserta mengambil bahagian dalam beberapa siri kayuhan CYFORA.

Secara tidak langsung siri perlumbaan memberi pendedahan kepada pasukan amatur dan pengalaman penganjura­n bertaraf jelajah skala besar.

Ini kerana, kejohanan lumba basikal berkonsep perlumbaan sebenar dan hanya membabitka­n pelumba amatur.

Malah, kejohanan yang mendapat lesen dari Pesuruhjay­a Sukan ini turut berkonsepk­an berpasukan.

 ??  ?? PESERTA bersedia di garisan permulaan sebelum dilepaskan berkayuh sejauh 89.2 kilometer.
PESERTA bersedia di garisan permulaan sebelum dilepaskan berkayuh sejauh 89.2 kilometer.
 ??  ?? KEJOHANAN membabitka­n peserta
berpasukan.
KEJOHANAN membabitka­n peserta berpasukan.
 ??  ?? SEORANG peserta sempat minum air dalam perlumbaan merebut hadiah wang tunai.
SEORANG peserta sempat minum air dalam perlumbaan merebut hadiah wang tunai.
 ??  ?? SEORANG peserta bersorak ketika hampir ke garisan penamat.
SEORANG peserta bersorak ketika hampir ke garisan penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia