Harian Metro

Rakyat Malaysia sabar

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Kedatangan Monther Mohammad Yousef, 30, ke negara ini hanya untuk menyambung pengajian di Kedah.

Namun, pemuda Jordan ini tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan gadis Malaysia.

Isterinya berasal dari Pulau Pinang dan mereka bertemu dalam satu seminar pelajar di ibu negara. Kedua-duanya berhubung menerusi media sosial kerana masing-masing berjauhan.

Mereka berkahwin selepas setahun berkenalan dan dikurniaka­n seorang cahaya mata lelaki. 1. Kali pertama menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Saya datang ke negara ini pada Februari 2014 untuk melanjutka­n pengajian ijazah sarjana dalam linguistik gunaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas disyorkan rakan yang terlebih dulu belajar di universiti sama.

Kini, saya menyambung doktor falsafah dalam bidang yang sama di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan berulangal­ik seminggu sekali ke Terengganu.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Apa yang saya tahu Malaysia adalah negara Islam. Saya banyak mengetahui mengenai Malaysia menerusi pergaulan bersama pelajar dari negara ini yang berada di Jordan.

Mereka memaklumka­n Malaysia bukan saja aman sebagai tempat tinggal, malah mempunyai pendidikan tinggi yang diiktiraf.

Itu antara sebab mengapa saya memilih untuk melanjutka­n pengajian di negara ini.

Selain itu, di Malaysia juga banyak masjid dan surau yang memudahkan umat Islam untuk bersolat

di mana-mana.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang menetap di Malaysia?

Ketika datang ke negara ini, saya menetap di tempat terpencil di bahagian utara Malaysia.

Pengangkut­an awam tidak secekap seperti di kawasan bandar dan ini menyukarka­n saya bergerak.

Saya membeli kereta terpakai berharga RM4,000 supaya mudah untuk ke mana-mana terutama ke kelas bagi menghadiri kuliah.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Saya dapati rakyat negara ini menghormat­i masa, malah mempunyai sifat sabar. Saya pernah berada di pejabat kedutaan untuk melanjutka­n visa dan proses menghantar dokumen memakan masa agak lama.

Namun, saya dapati rakyat Malaysia yang berurusan di pejabat berkenaan dilihat sabar menunggu apabila mereka sanggup beratur dalam barisan yang panjang.

Sedangkan, bangsa saya sendiri tidak boleh menunggu lama dan suka tergesa-gesa.

5. Destinasi kegemaran anda?

Kedah kerana di negeri itu tempat pertama di negara ini yang saya tiba dan banyak lokasi menarik sudah saya kunjungi selama dua tahun setengah belajar di UUM.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Nasi ulam, ketupat palas dan lemang.

7. Malaysia pada mata anda?

Negara ini mempunyai persekitar­an yang baik dan masih memelihara hutan sebagai khazanah alam. Musim hujannya pula dengan cuaca yang sejuk mengingatk­an saya pada kampung halaman.

Saya juga kagum dengan pembanguna­n negara ini yang rancak dan pesat dilaksanak­an.

 ??  ?? MONTHER
MONTHER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia