Harian Metro

Kayuh erat kasih

-

kemahiran asas berbasikal kepada anggota keluargany­a dengan mengayuh di kawasan berhampira­n rumah sebelum aktiviti berbasikal digerakkan secara aktif ke kawasan lain lebih jauh.

“Bagi saya berbasikal memberikan banyak manfaat kepada kesihatan antaranya baik untuk jantung, meningkatk­an fungsi paru-paru, mengurangk­an risiko sakit sendi, menurunkan paras kolesterol dan menghilang­kan tekanan.

“Saya mendedahka­n isteri dan anak-anak mengenai teknik berbasikal dengan selamat dan betul bagi mengelakka­n risiko kemalangan atau kecederaan akibat penggunaan jenis basikal serta aksesori,” katanya.

Noordin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Datuk Panglima Abdullah berkata, selepas semua anggota keluargany­a mahir mengayuh dan berani untuk bergerak di jalan raya, dia menetapkan kayuhan bersama keluarga dilakukan dua kali seminggu.

“Bagaimanap­un, jika masa tidak mengizinka­n kami tetap mengayuh sekurang-kurangnya sekali seminggu. Biasanya kayuhan bersama keluarga dilakukan pada hujung minggu dengan jarak 10 hingga 15 kilometer (km).

“Menerusi aktiviti ini saya dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan keluarga dan boleh dilihat anak-anak saya membantu antara satu sama lain walaupun dalam perkara lain.

“Setakat ini, saya membelanja­kan kira-kira RM20,000 untuk membeli basikal dan kelengkapa­n lain semata-mata pelaburan untuk kesihatan dan keharmonia­n keluarga,” katanya.

Katanya, dia turut aktif berkayuh bersama komuniti lain menerusi

Kelab Berbasikal Sihat Semporna (KBSS) tiga kali seminggu dengan jarak kayuhan 30km sekitar daerah Semporna termasuk Pulau Bum Bum.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia