Harian Metro

Dominar D400 curi tumpuan

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Sekian lama menyepi, akhirnya Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mula mengorak langkah bersaing bersama pemain industri yang lebih dominan menguasai pasaran dua roda.

Tetapi perlu diingat, MODENAS juga pernah menguasai pasaran tempatan satu ketika dulu sebelum ditinggalk­an pesaing.

Kini, MODENAS kembali dengan tawaran beberapa jentera yang dianggap mampu mencuri perhatian seperti Dominar D400.

Motosikal berkuasa

400cc ini adalah model kedua berkuasa tinggi milik MODENAS selepas Jaguh 175 yang dilancarka­n pada 1999.

Peluang sekumpulan media permotoran menunggang uji Dominar D400 ke Bentong, Pahang, merungkai persoalan mengapa jentera ini dikategori­kan sebagai Sport Tourer.

Secara kasarnya, ia dilihat seakan-akan model naked dengan rekaan perumah lampu hadapan tanpa sebarang tabir angin yang kebiasaann­ya ada pada sebuah motosikal touring.

Namun, ketiadaan komponen itu bukanlah alasan untuk jentera ini tidak boleh ditunggang jarak jauh.

Buktinya apabila perjalanan dari Glenmarie, Shah Alam menuju ke Rendang To’ki di Bentong, Pahang diharungi dengan selesa dan menyeronok­kan.

Kuasa jentera di lebuh raya boleh dianggap terbaik apabila enjin 373cc sejukan cecair yang menyalurka­n kuasa 35PS pada 8,000 rpm menjalanka­n tugasnya dengan cemerlang.

Malah, pendakian di sepanjang Lebuhraya KLKarak tidak menjadi masalah apabila motosikal ini didatangka­n bersama daya kilas maksimum 35Nm pada 6,500rpm.

Dengan teknologi Digital Triple Spark (DTS-i), gegaran enjin hampir tidak dirasai walaupun ketika rpm tinggi atau pendikit dipulas secara agresif.

Ini disebabkan teknologi DTS-i memastikan pembakaran lebih sempurna dan optimum selain membantu mencapai kecekapan bahan api terbaik.

Kesesakan di pekan Bentong juga tidak menjadi masalah apabila kedudukan pelana yang tinggi membolehka­n jarak penglihata­n lebih luas.

Pada masa sama, teknologi Slipper Clutch yang mengelakka­n roda belakang terkunci apabila gear diturunkan secara mendadak membantu penunggang mengawal jentera selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran memastikan jarak pemberhent­ian lebih singkat.

Perjalanan pulang melalui Jalan Lama Bentong membolehka­n media menguji kestabilan Dominar D400 ketika mengambil selekoh dan ternyata motosikal ini kekal stabil.

Tangki bahan api 13 liter membolehka­n motosikal ini mengharung­i jarak perjalanan lebih jauh dan ideal sebagai pengangkut­an harian atau tunggangan santai hujung minggu.

Dengan harga RM13,788 tanpa insurans, jentera ketiga hasil kerjasama dengan Bajaj Auto Limited (Bajaj Auto) menawarkan teknologi premium untuk mereka yang mahu bergelar ‘mat motor’.

Sport Tourer keluaran MODENAS tawar teknologi premium

 ??  ?? REKA bentuk
maskulin.
LAMPU hadapan bersama lampu nyalaan siang (DRL).
ENJIN DTS-i berkuasa.
REKA bentuk maskulin. LAMPU hadapan bersama lampu nyalaan siang (DRL). ENJIN DTS-i berkuasa.
 ??  ?? MODENAS Dominar D400 stabil ketika melayan selekoh.
MODENAS Dominar D400 stabil ketika melayan selekoh.
 ??  ?? BREK hadapan dengan ABS.
BREK hadapan dengan ABS.
 ??  ?? PAPARAN meter LCD berwarna.
PAPARAN meter LCD berwarna.
 ??  ?? LAMPU belakang LED.
LAMPU belakang LED.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia