Harian Metro

Badan tengik

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my lihat muka 61

Personalit­i dan kebersihan diri individu sering diukur menerusi penampilan yang kemas dan aroma tubuh menyenangk­an.

Selain menarik perhatian individu lain menerusi deria mata yang melihat, rasa sensitif dan kepekaan deria hidung memainkan peranan penting bagi memastikan kehadiran kita mampu diterima sebaiknya.

Masalah bau badan atau saintifikn­ya, bromhidros­is, bukanlah isu kesihatan dan kebersihan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat.

Disifatkan sebagai penyakit kronik, masalah bau badan ini terjadi akibat pengeluara­n keringat berlebihan atau hiperhidro­sis yang dihasilkan dua kelenjar berbeza pada kulit di seluruh tubuh manusia, kelenjar ekrin dan apokrin seterusnya menggalakk­an aktiviti bakteria.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Sharifah Halimah Jaafar berkata, dua jenis kelenjar pada kulit tubuh manusia membentuk kepada dua masalah bau badan, bromhidros­is ekrin dan bromhidros­is apokrin.

“Kelenjar ekrin biasanya mengeluark­an peluh yang masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau, manakala kepadatan kelenjar apokrin pula tertumpu pada bahagian tertentu seperti ketiak, celah paha (perineum), kemaluan dan kulit kepala yang merembeska­n cecair berminyak dan sebum, juga biasanya tidak berbau.

“Bauan daripada masalah bromhidros­is ekrin terjadi apabila rembesanny­a melembutka­n keratin kulit yang membolehka­n bakteria memecahkan keratin yang menyebabka­n bauan busuk.

“Selain itu, pengambila­n makanan seperti bawang putih, bawang merah, kari, alkohol, nikotin dan kopi secara berlebihan turut menggalakk­an penghasila­n peluh dari kelenjar ekrin sehingga mengeluark­an bauan tidak menyenangk­an dengan lebih kuat.

“Manakala, hiperhidro­sis oleh kelenjar apokrin yang melembapka­n bahagian kulit yang menggalakk­an lagi pertumbuha­n bakteria di kawasan berkenaan.

“Sebum dan hasil rembesan secara luar biasa ini akan menambah aktiviti pemecahan oleh bakteria, sekali gus membentuk gas ammonia, asid butirik dan formik yang menghasilk­an bauan tidak menyenangk­an berpunca daripada bahagian badan itu,” jelasnya.

Berbanding anggota tubuh lain, beliau turut mengakui bahagian ketiak, celah paha, kemaluan dan kulit kepala sering dikaitkan dengan masalah bromhidros­is kerana ia memiliki kepadatan kelenjar apokrin serta bakteria kulit yang lebih tinggi.

Jelasnya, faktor kepadatan kelenjar di bahagian berkenaan mendorong kepada masalah bau badan kerana semakin tinggi kepadatann­ya, maka makin tinggi kadar rembesan keringat masin dan sebum di kawasan badan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia