Harian Metro

OBESITI DAN BAU BADAN

-

Masalah bau badan sering dikaitkan dengan kegemukan, adakah ia benar?

Menurut Dr Sharifah Halimah, masalah bau badan ini tidak terhad kepada individu yang mengalami obesiti saja, namun mereka memiliki kecenderun­gan lebih tinggi untuk menghidapi isu hiperhidro­sis dan bromhidros­is.

Jelasnya, obesiti berkait rapat dengan masalah hormon androgen dalaman yang mempengaru­hi aktiviti dua kelenjar berkenaan dan populasi mikro organisma pada permukaan kulit.

Katanya, terdapat beberapa penyakit yang dikategori­kan sebagai penyumbang masalah bromhidros­is seperti kencing manis, sindrom metabolik, gangguan fungsi ginjal, kegagalan fungsi hati, trichomyco­sis axillaris (jangkitan di bahagian ketiak) dan erythrasma (penyakit kulit).

Walaupun masalah bau badan tidak boleh dirawat sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal. Antara rawatan disarankan adalah suntikan botox pada kulit yang bermasalah, namun ia hanya berkesan selama empat bulan dan suntikan ini perlu dilakukan secara berulang.

Antara rawatan lain boleh dilakukan ialah pembedahan mengeluark­an kelenjar peluh seperti simpatekto­mi endoskopik yang menggunaka­n alatan kecil khas untuk mengeluark­an saraf di dada yang berhubung dengan kelenjar di bawah ketiak. Dikatakan keberkesan­an prosedur ini mampu bertahan antara lima hingga 10 tahun.

Rawatan minimal iaitu elektrosur­geri pula dilakukan menggunaka­n jarum kecil yang membolehka­n doktor mengeluark­an kelenjar peluh.

Pembedahan reseksi kulit pula bermula dengan pemotongan di dalam bahagian ketiak bagi memudahkan pakar bedah mengenal pasti kedudukan tepat kelenjar, namun ia meninggalk­an parut pada permukaan kulit.

Pada masa sama, penghidap masalah bromhidros­is juga digalak melakukan beberapa langkah mudah untuk mengurangk­an aktiviti bakteria pada kulit.

Antara saranannya, penggunaan sabun antibakter­ia berbanding sabun berbau wangi untuk mengawal jumlah bakteria khususnya di bahagian badan tertentu. Selain itu, disarankan juga memilih krim mandian berbanding sabun pepejal.

Bagi mereka yang mempunyai bulu atau rambut berlebihan terutama di bahagian pelipat, digalakkan mencukurny­a kerana rambut bertindak memerangka­p lebih banyak bakteria dan peluh sekali gus meningkatk­an masalah bromhidros­is.

Cuaca yang panas dan gaya hidup aktif membuatkan pakaian cepat diresapi keringat. Oleh kerana masalah bau badan berpunca daripada proses pemecahan sebum oleh bakteria, penghidap bromhidros­is digalakkan menukar pakaian lebih kerap.

Meskipun mandi bukanlah penyelesai­an utama bagi masalah bau badan, penghidap bromhidros­is dinasihatk­an mandi dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Orang gemuk lebih cenderung

hidap isu hiperhidro­sis, bromhidros­is

 ??  ?? PEMAKANAN turut mendorong kepada masalah bromhidros­is.
PEMAKANAN turut mendorong kepada masalah bromhidros­is.
 ??  ?? Epidermis
DUA kelenjar yang mengeluark­an peluh pada kulit.
Epidermis DUA kelenjar yang mengeluark­an peluh pada kulit.
 ??  ?? SHARIFAH HALIMAH
SHARIFAH HALIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia