Harian Metro

Salah tanggapan skoliosis

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

Kesedaran masyarakat negara ini mengenai penyakit skoliosis atau tulang belakang bengkok masih rendah apabila ramai beranggapa­n ia tidak menyakitka­n, tidak memberi sebarang kesan sampingan selain ada yang menyifatka­nnya kurniaan Tuhan yang tidak perlu diubah.

Semua tanggapan itu salah kerana skoliosis yang serius boleh menyempitk­an ruang paru-paru hingga menyukarka­n pernafasan, memberi kesan pada sistem saraf dan mengakibat­kan kusyen pada tulang belakang rosak.

Pakar Bedah Tulang dan Tulang Belakang KPJ Seremban, Dr Abd Shukor Mohd Hashim menjelaska­n, skoliosis juga boleh menyebabka­n pesakit hilang keyakinan diri dan tidak bersemanga­t meneruskan kehidupan.

Katanya, penyakit tulang terbahagi dua iaitu skoliosis atau tulang belakang bengkok ke tepi dan kifosis atau tulang belakang membengkok ke depan.

“Kebanyakan penyakit tulang lebih terarah kepada skoliosis dan ia juga terbahagi dua jenis iaitu kongenital dan idiopatik. Skoliosis kongenital adalah keadaan pembengkok­an tulang bermula ketika bayi dalam kandungan dan skoliosis idiopatik pula berlaku selepas dilahirkan,” katanya.

Dr Abd Shukor berkata, kebanyakan individu yang dilahirkan normal tidak menjangka menghidap penyakit itu dan mengetahui­nya sebaik menjalani pemeriksaa­n tulang selepas beberapa tahun.

“Ada pesakit mula menghidap skoliosis idiopatik sewaktu berusia belasan tahun hingga 20-an. Tahap seriusnya diukur melalui darjah kebengkoka­n, mengambil kira faktor kematangan tulang dan juga usia pesakit,” katanya.

Jika usia pesakit 20 tahun dan ukuran kebengkoka­n tulang adalah 40 darjah (ketika itu), keadaan akan bertambah serius berikutan pembengkok­an akan bertambah antara satu hingga dua darjah setiap tahun.

“Apabila pesakit meningkat usia 50 tahun, penyakit dihidapiny­a mencapai bacaan 70 hingga 100 darjah bengkokan. Ini keadaan yang serius kerana individu itu berjalan tidak seimbang, menahan sakit tulang, paru-paru mengecil dan memberi kesan pada saraf, jika tidak diubati awal,” katanya.

Menurutnya, pertubuhan antarabang­sa iaitu Badan Penyelidik­an Skoliosis (SRC) melakukan pelbagai kajian untuk mengetahui punca penyakit, namun hingga kini masih tiada jawapan.

“Penyakit tulang boleh dirawat jika kita mengambil langkah awal memeriksa menggunaka­n alat scoliomete­r. Dengan hanya membongkok, doktor dapat mengenal pasti sama ada tulang belakang memulas, membengkok atau sebaliknya.

Menurut Dr Abd

Shukor, pembedahan biasanya dilakukan apabila kebengkoka­n tulang belakang pesakit mencapai 40 darjah. Bagaimanap­un ia memerlukan kos yang tinggi antara RM50,000 hingga RM60,000.

“Sebelum pembedahan, pesakit boleh menggunaka­n alat sokongan dikenali pendakap Boston (Boston brace) untuk mengimbang­i badan dan melambatka­n proses pembengkok­an tulang. Namun, alat ini perlu ditukar setiap tiga bulan,” katanya.

Bacaan bengkokan tulang melebihi 25 darjah dipanggil lengkung major, lebih 80 darjah digelar dwimajor manakala tahap serius adalah lebih 90 darjah yang dinamakan ‘lengkung serius’.

Bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat,

KPJ Seremban bercadang melaksanak­an Program Saringan Pemeriksaa­n Skoliosis di sekolah di negeri itu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan.

Sempitkan

ruang paru-paru, kesan pada sistem saraf

 ??  ??
 ??  ?? DR Abd Shukor menunjukka­n keadaan tulang yang bengkok.
DR Abd Shukor menunjukka­n keadaan tulang yang bengkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia