Harian Metro

Pengurusan diabetEs ketika Ramadan

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Penghidap diabetes, antara kategori pesakit yang berisiko berdepan masalah kesihatan serius ketika Ramadan sekiranya mereka tidak merancang pelan pemakanan lebih awal.

Sepanjang berpuasa, pesakit kencing manis terdedah kepada risiko seperti hipoglisem­ia (keadaan aras gula rendah dalam darah), hiperglise­mia (aras gula tinggi dalam darah) serta dehidrasi.

Difahamkan, ketika berpuasa pesakit diabetes berdepan risiko hipoglisem­ia sebanyak 1.6 lebih tinggi berbanding bulan lain apabila aras gula dalam darah kurang 3.9 mmol/L.

Simptom biasa sering berlaku kadar degupan jantung lebih tinggi, berpeluh dan seluruh anggota tubuh menggeleta­r atau menggigil.

Risiko pesakit mengalami hiperglise­mia pula tiga kali (bagi diabetes jenis 1) dan lima kali (bagi diabetes Jenis 2) untuk dimasukkan ke hospital ketika berpuasa.

Timbalan Pengurus Perkhidmat­an Dietetik dan Makanan, Institut Jantung Negara (IJN), Siti Farhath Sehu Allarudin, berkata, penghidap diabetes berisiko tinggi seperti warga emas, ibu mengandung dan buruh lebih cenderung mengalami hipoglisem­ia dan dehidrasi ketika berpuasa.

Keadaan hiperglise­mia pula boleh berlaku ketika sahur dan berbuka puasa.

“Penghidap diabetes tidak mempunyai masalah untuk berpuasa malah selamat jika mereka mempunyai pengetahua­n mengenai pengurusan diabetes yang tepat.

“Pesakit harus membincang­kan pelan pengurusan makanan dengan pakar penjagaan kesihatan sebelum berpuasa. Ini kerana ketika berpuasa, corak dan waktu pengambila­n makanan berubah.

“Kegagalan merancang pelan pengurusan ini boleh mengakibat­kan tahap gula dalam darah menjadi tidak terurus, seterusnya diabetes gagal dikawal.

“Mereka yang mengambil ubatan untuk menurunkan gula dalam darah seharusnya berunding dengan doktor mengenai berpuasa dengan selamat, langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengawal gula dalam darah mereka.

“Bersahur sangat penting dalam membekalka­n tenaga sepanjang hari. Disarankan, pesakit diabetes bersahur sebelum waktu imsak.

“Hidangan pula makanan seimbang dengan sumber karbohidra­t mencukupi.

“Pesakit juga perlu berbuka puasa tepat pada waktunya dan mengambil air mencukupi bagi menggantik­an kehilangan cecair dalam badan sepanjang berpuasa,” katanya dalam Bengkel Pengurusan Diabetes Simply Delicious Ramadan, barubaru ini.

Sementara itu, Pengurus Kanan Perkhidmat­an Dietetik dan Makanan,

Mary Easaw yang melakukan demonstras­i masakan sihat mengakui tindakan mengurangk­an pengambila­n makanan bergoreng, berlemak, tinggi kandungan gula dan garam mengakibat­kan kadar gula dalam darah tidak terkawal.

Sebagai saranan, hidangan sahur perlu mengambil makanan berat.

Dalam bengkel yang sama, Nestle Health

Science dengan kerjasama IJN melancarka­n buku panduan, Nutren Untuk Diabetik Panduan Pengurusan Diabetes dan Resipi Ramadan Enak dan Lazat, yang juga boleh didapati secara percuma melalui www. nestleheal­thscience.my.

TIP PEMAKANAN KETIKA BERBUKA PUASA BAGI PESAKIT DIABETES:

1. Hadkan pengambila­n makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.

2. Hadkan pengambila­n makanan bergoreng dan berlemak tinggi.

3. Hadkan pengambila­n makanan yang tinggi kandungan garam.

PILIHAN MAKANAN SIHAT KETIKA BERSAHUR:

1. Makanan kaya serat yang mengeluark­an tenaga secara perlahan dan mengekalka­n tahap tenaga sepanjang berpuasa.

2. Sumber protein, buahan, sayuran dan air kosong.

3. Pilihan makanan tinggi karbohidra­t roti gandum penuh, bijirin, oat, nasi perang, nasi basmathi, kekacang.

 ??  ?? LANCAR panduan pengurusan pemakanan sempena Ramadan untuk penghidap diabetes.
LANCAR panduan pengurusan pemakanan sempena Ramadan untuk penghidap diabetes.
 ??  ?? BAHAN yang digunakan.
BAHAN yang digunakan.
 ??  ?? HIDANGAN sihat bagi penghidap
diabetes.
HIDANGAN sihat bagi penghidap diabetes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia