Harian Metro

Nyeri pergelanga­n kaki

-

Ayah saya berumur 79 tahun dan beliau selalu mengadu sakit nyeri pada pergelanga­n kaki kanan. Kesakitann­ya melampau sehingga dia menjerit apabila diserang sakit. Dalam sehari serangan sakit datang lima enam kali dan setiap kali serangan berlanjuta­n sehingga dua jam. Walaupun sudah menemui pakar tulang kaki dan menjalani imbasan, doktor yang merawat gagal mengenal pasti penyakit. Sebaliknya ayah disyaki gout. Suntikan ubat penahan sakit juga tidak berkesan.

Kami juga sudah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk tradisiona­l dan berpantang makan, tetapi tetap tiada perubahan. Dua tahun lalu, kaki ayah yang sakit pernah tersandung menyebabka­nnya bengkak selama seminggu.

Ayah juga menghidap darah tinggi dan diabetes. Apa lagi yang boleh saya ikhtiarkan.

Besar kemungkina­n ayah anda mengalami sakit saraf pada pergelanga­n kaki berdasarka­n petunjuk penting seperti sakit yang datang tidak menentu, sakit yang teramat kuat, suntikan penahan sakit kurang berkesan, penghidap diabetes dan sejarah kecederaan pada pergelanga­n kaki.

Biasanya sakit saraf memberi rasa sakit yang pelik iaitu rasa seperti renjatan elektrik, dicucuk jarum, ditikam atau dihiris pisau, terkena serpihan kaca, kejang, kebas, kena api, rasa seperti semut merayap dan sebagainya. Intensiti sakit biasanya tinggi dan cukup untuk mengganggu tidur malam.

Dengan sejarah kaki yang cedera sebab tersepak sehingga bengkak, besar kemungkina­n beliau menghidap penyakit saraf neuroma. Neuroma ialah keadaan saraf periferi yang tercedera berlaku pertumbuha­n semula dengan fungsi yang abnormal.

Saraf ini akan menjadi sangat sensitif dan mengeluark­an cas elektrik tanpa kawalan. Sentuhan yang sedikit cukup untuk menghasilk­an kesakitan yang melampau. Kemungkina­n lain ialah penyakit saraf komplikasi diabetes dikenali ‘kesakitan mononeurop­ati diabetes’. Kedua-dua keadaan ini boleh dibezakan melalui pemeriksaa­n fizikal.

Biasanya sakit saraf ini tidak dapat dikawal oleh ubat tahan sakit biasa. Contohnya ubat votaren dan morphine yang popular sebagai rawatan pertama penahan sakit akan didapati tidak berkesan.

Rawatan ubat saraf seperti pregabalin atau gabapentin adalah pilihan yang paling sesuai. Jika ubat makan ini tidak berhasil maka langkah seterusnya ialah rawatan suntikan radiofreku­ensi (RF) atau suntikan alkohol pada saraf sensori yang mengalami neuroma. Penyakit ‘kesakitan mononeurop­ati diabetes’ boleh dirawat dengan suntikan lumbar RF ‘simpatekto­mi’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia