Harian Metro

Beraya usah sampai berhutang

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Metro Ahad yang dikasihi.

Diharapkan hari minggu ini membawa

1,001 keceriaan buat kalian semua.

Alhamdulil­lah, hari ini sudah 11 hari kita berpuasa. Adik doakan semoga Ramadan tahun ini disempurna­kan dengan baik agar mendapat keberkatan berlipat ganda.

Justeru, sama-samalah kita berdoa supaya dapat menyelesai­kan ibadat puasa ini dengan baik.

Namun, adik ingin mengingatk­an lebih awal tahun ini kepada semua agar tidak boros berbelanja dan membeli ikut kemampuan diri.

Boleh dikatakan setiap kali menjelang Aidilfitri, ramai rambang mata ketika membeli-belah sampaikan selepas Aidilfitri masingmasi­ng terpaksa ikat perut.

Lebih buruk, kalau ada yang tergamak meminjam duit daripada rakan sematamata mahu memenuhi kehendak nafsu membeli, menunjuk-nunjuk atau mengikut trend terkini.

Mungkin seronok sekejap mempamerka­n kemewahan di laman sosial tetapi cuba bayangkan perasaan rakan yang memberi hutang. Bukankah dia akan sakit mata dan hati?

Adik harap tiada dalam kalangan kita bersikap sedemikian. Kita kena ukur baju di badan sendiri. Beli keperluan mengikut kemampuan dan jangan membazir.

Lagipun, sama ada negara dilanda krisis ekonomi atau tidak, Islam sememangny­a menganjurk­an kita berjimat cermat dan bersederha­na.

Hari ini adik nak kongsikan satu tip kepada semua. Sebenarnya kita tak perlu meminjam jika ada membuat simpanan sepanjang setahun yang dikhususka­n untuk perbelanja­an raya.

Apabila dapat gaji setiap bulan, kita asingkan sedikit untuk lebaran. Adik faham pasti ada yang rasa berat jika terpaksa mengasingk­an sejumlah wang setiap bulan, namun ia untuk kebaikan kita.

Tidaklah kita sakit kepala memikirkan mana mahu cari duit apabila musim perayaan menjelang. Samasama kita renungkan dan harap kita lebih berhemat dalam berbelanja kali ini.

#BijakBerbe­lanja.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia