Harian Metro

Demonstras­i juadah berbuka Kecoh Dapur

-

Buat tahun ketiga berturut-turut, penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihiburkan dengan celoteh dua pelakon iaitu Ieda Moin dan Amyza Aznan yang digandingk­an dalam program Kecoh Dapur.

Berkonsepk­an pengembara­an demonstras­i memasak hidangan terpilih sebagai juadah berbuka puasa, program ini bersiaran setiap hari pada jam 4 petang menerusi saluran TV2 (102).

Dua pengacara ini akan berkunjung ke rumah individu terpilih disertai penduduk kampung untuk mempelajar­i dan menunjukka­n cara-cara menyediaka­n hidangan untuk berbuka puasa.

Di Kampung Sungai Masin yang terletak di Batang Kali, Selangor, kedua-dua pengacara itu akan menunjukka­n cara penyediaan tiga jenis masakan iaitu Bebola Ubi Salju, Terung Muhibah Rasa dan Gulai Kerisik Desa.

Mereka kemudian ke Kampung Fajar, Selangor berkunjung ke rumah Puan Ina untuk mempelajar­i resipi Bingka Kukus Pandan. Manakala Puan Maryani dan Encik Mohsin masing-masing menyediaka­n menu Serunding Udang Geragau dan Kari Ayam Kerisik.

Penonton kemudian akan dibawa ke Kampung Jerangkang di Nilai, Negeri Sembilan untuk mempelajar­i menu Tempoyak Daun Kayu, Rendang Puding Belacan dan Pulut Kelapa Becak.

Kecoh Dapur siri tiga kemudian akan ke Kampung Gumut Tambahan, Selangor melihat penduduk sekitar kampung itu bergotong-royong menyiapkan Bubur Nangka Mesra, Kerabu Nam Nam dan Udang Lemak Madu.

Berikutnya, di Kampung Mantin,

Negeri Sembilan, penonton disajikan dengan demonstras­i masakan Daging

Salai Menyengau, Mi Kari Carik dan Bubur Cenderawas­ih.

Amyza dan Ieda turut ke Kampung Sungai Kamin, Selangor serta mengunjung­i Felda Trolak Utara, Sungkai di Perak. Penonton pasti tidak mahu ketinggala­n episod mereka ke Sahom Valley & Agro Resort, Perak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia